Kereta Tanpa Pemandu Langgar Lori Di one-north

Sebuah kenderaan pandu sendiri terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pagi tadi (18 Okt), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kereta tanpa pemandu itu adalah milik syarikat nuTonomy yang sedang menguji kenderaan-kenderaan pandu sendirinya di one-north.

Nahas itu berlaku di Biopolis Drive di one-north pada 9.28 pagi. Kenderaan ujian itu sedang menukar lorong apabila berlanggar sebuah lori, menurut LTA dalam kenyataan di Facebook, sambil menambah ia tidak menyebabkan sebarang korban nyawa.

Menurut komen-komen yang ditulis oleh pengguna Facebook Michael Chong di halaman Singapore Taxi Driver, bahagian tepi lori tersebut kemik dan bampar kereta tanpa pemandu itu rosak.

LTA dan polis sedang menyiasat punca nahas itu.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *