Hisyam Hamid Pulang Ke Singapura Setiap Bulan Kerana Rindu Anak

Pelakon drama bersiri Abang Bomba I Love You, Hisyam Hamid membelanjakan RM1,000 (S$335) setiap bulan untuk membeli tiket pulang ke Singapura bagi melepaskan rindu pada anak-anaknya.

Astro Gempak melaporkan beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama isteri, Melrose Hanafi yang berusia 35 tahun yang juga pengurus beliau, kerana memenuhi tunutan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Anak-anak Hisyam, Nurish Syameliah 9 tahun dan Hayden 7 tahun tinggal bersama keluarga Hisyam di Singapura kerana masih bersekolah.

“Saya jarang bertemu anak kerana mereka tinggal di Singapura. Namun begitu, setiap kali ada kelapangan saya dan isteri akan pulang ke sana.

“Apabila kami menempah tiket ‘last minute’, harga selalunya mahal. Saya menghabiskan RM1,000 (S$335) sebulan untuk membayar harga tiket penerbangan,” katanya kepada Astro Gempak.

Menyambut hari lahirnya pada 20 Oktober lalu, Hisyam mahu membawa anak-anaknya tinggal di Kuala Lumpur sebagai ‘hadiah’ ulang tahun.

“Antara sebab mereka tinggal di sana adalah kerana sistem pendidikan yang berbeza. Saya tidak mahu mengganggu pelajaran mereka. Namun begitu, saya dan isteri telah mengenal pasti beberapa sekolah di Kuala Lumpur.

“Insyaallah, jika segalanya dipermudahkan, anak-anak akan tinggal bersama kami di Kuala Lumpur pada awal tahun depan. Walaupun berjauhan, saya sangat merindukan anak-anak dan kami saling berhubungan setiap hari,” katanya ketika ditemui wartawan Astro Gempak.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *