Koleksi Tudung Baru Nora Danish Tarik Perhatian

Kreatif atau aneh? Mungkin itu tajuk perdebatan terbaru yang hangat di kalangan warga siber mengenai koleksi tudung terbaru keluaran pelakon popular Nora Danish.

Nora memuat naik rakaman video dan gambar, yang menunjukkan beliau menggayakan tudung terbaru keluaran OwlbyND, Owl EZip.

Rekaan unik tudung tersebut membolehkan si pemakai menarik zip dari atas kepala sehingga menutup muka si pemakainya.

Oleh kerana tudung itu menonjolkan satu ciri yang belum pernah dikeluarkan mana-mana syarikat sebelum ini, mungkin ramai yang berasa aneh dan mula melemparkan kutukan.

Menurut Nora, tudung itu selesa digunakan bagi mereka yang menaiki pesawat dan ingin melelapkan mata, hanya dengan menarik zip untuk menutup muka.

Beliau menambah, rekaan tudung itu dibuat khas bagi mereka yang inginkan satu kelainan dan ia terpulang kepada citarasa masing-masing.

 

 

 

Sebelum ini, Nora pernah dikecam teruk kerana gaya tudung ‘hoodie’ yang diperagakan menyerupai pakaian rahib Kristian.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *