Awas! Jangan Beli Ataupun Jual ‘PHQ 1001 Khasiat Penawar Herba Qaseh Serata Herb’

Orang ramai dinasihati supaya jangan membeli atau menggunakan produk ‘PHQ 1001 Khasiat Penawar Herba Qaseh Serata Herb’.

Ini setelah seorang pengguna mengalami kesan sampingan serius disebabkan bahan steroid dan juga mengalami kencing manis selepas mengambilnya, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (4 Apr).

Produk itu dipasarkan sebagai penawar herba tradisional untuk pelbagai masalah perubatan seperti rasa bisa, mati pucuk, penyakit buah pinggang dan angin ahmar.

Namun, setelah diuji oleh HSA, ia didapati mengandungi beberapa ubat-ubatan barat yang berbahaya dan tidak diisytiharkan.

Ini termasuk dexamethasone, piroxicam, griseofulvin dan paracetamol, menurut kenyataan HSA.

Produk itu dijual di lelaman media sosial dan juga di lelaman luar negara dan sesetengah pengguna mungkin memperolehinya daripada rakan-rakan atau saudara-mara mereka.

Source: BeritaMediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *