Rombongan Jemaah Haji Pertama Singapura Selamat Berlepas Ke Saudi Arabia

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura s elamat berlepas menuju ke Tanah Suci pada jam 5.40 petang tadi (9 Ogos).

Rombongan itu terdiri daripada 39 jemaah dari dua ejen haji atau GSA, iaitu Halijah Travels & Tours Pte Ltd dan Shahidah Travel & Tours Pte Ltd.

Mereka dijangkakan tiba di Jeddah sekitar jam 9.00 malam, waktu Jeddah. Para jemaah akan memulakan perjalanan mereka ke Madinah setibanya mereka di Jeddah.

Kumpulan jemaah ini dijangkakan pulang pada 9 September.

Rombongan terakhir Singapura ke Tanah Suci pula dijadualkan berangkat pada 26 Ogos ini.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *