[Johor] 54 Remaja Termasuk 2 Kanak-Kanak Berusia Lima Dan Enam Tahun Ditahan Dalam Ops Basikal Lajak

54 remaja termasuk dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun ditahan dalam ops basikal lajak, di Dataran Cahaya, Kulai, Johor petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superitanden Dzulkhairi Mukhtar berkata, 60 buah basikal lajak turut disita.

Katanya, operasi selama empat jam bermula jam 5 petang tadi membabitkan dua pegawai dan tujuh anggota.

Superitanden Dzulkairi berkata, 72 basikal diperiksa dengan 60 basikal lajak disita mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan KJ (Tr) 7073/17.

Seramai 60 remaja ditahan untuk pemeriksaan manakala enam lagi berjaya melarikan diri.

Berikutan itu 54 saman dikeluarkan membabitkan basikal lajak kerana tidak mempunyai brek dan loceng.

Semua yang ditahan termasuk dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun, tiga murid sekolah rendah dan 48 pelajar sekolah menengah.

Mereka dibawa ke balai polis sebelum diserah kepada Ibubapa masing-masing selepas seisi kaunseling.

 

Source: Viral Media Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *