Rosyam Nor Buka Kedai Jual Ayam Seekor RM1

Datuk Rosyam Noor pernah digelar sebagai hero Malaya pada satu ketika. Bakatnya sebagai pelakon tidak perlu dipertikaikan lagi. Hampir 32 tahun berada dalam industri seni tanah air, Rosyam Nor terus mengorak langkah lebih jauh. Selepas membuka syarikat produksinya sendiri Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Datuk Rosyam Nor bakal membuka pasarayanya sendiri, ST Rosyam Mart di ibu negara pada 1 Disember depan.

Lebih menarik, pada perasmian pasaraya itu nanti, beliau berhasrat untuk melakukan amal jariah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan menjual sekampit beras lima kilogram dan seekor ayam dengan harga hanya RM1. “Insya Allah dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember nanti dan seminggu pertama, saya ada bincang dengan rakan kongsi untuk jual ayam seekor dan beras sekampit lima kilogram hanya RM1 aje,” kata beliau lagi.

Menurutnya lagi, pasar raya yang terletak di Setiawangsa, pinggir ibu negara itu sebenarnya sebuah pasar borong yang menawarkan harga murah kepada pelanggannya. “Ini juga untuk bantu mereka yang kurang mampu dan kita bersyukur dapat banyak bekalan pada harga rendah daripada pelbagai pembekal di seluruh negara sebagai rakan perniagaan. Itulah lebihan rezeki saya dikongsi masyarakat akhirnya. Apa yang ada itu dicukupkan. Ini juga dapat bantu bisnes usahawan Melayu lain kerana soal rezeki ialah tanggungjawab berkongsi perniagaan dengan orang lain” jelas aktor berusia 50 tahun itu.

 

 

Source: Hanasuva

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *