Category: Politik

  • Dulu Pelarian, Kini Kapten Safia Ferozi Juruterbang Wanita Kedua Di Afghanistan

    Dulu Pelarian, Kini Kapten Safia Ferozi Juruterbang Wanita Kedua Di Afghanistan

    Meskipun membesar sebagai seorang pelarian, kini Kapten Safia Ferozi adalah juruterbang wanita yang kedua di Afghanistan.

    Beliau juga bertanggungjawab memandu pesawat pengangkutan tentera udara. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan bahawa lebih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai wanita menyertai angkatan tentera negara itu.

    Cik Ferozi yang berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang yang turut bekerja dalam unit sokongan bagi angkatan tentera darat. Pasangan itu adalah sebahagian daripada angkatan tentera udara Afghanistan yang sedang membanteras kumpulan Taliban.

    “Apabila saya memakai pakaian seragam tentera, saya berasa amat bangga sebagai seorang wanita,” kata Cik Ferozi sedang beliau bersiap sedia untuk melakukan penerbangan dari pangkalan udara Kabul. Beliau mengemudi pesawat turboprop, C-208 yang digunakan sebagai pesawat pengangkutan.

    Hampir 16 tahun selepas tumbangnya rejim militan Taliban, kaum wanita di Afghanistan kini mengorak langkah untuk meningkatkan kehadiran mereka dalam masyarakat termasuk di parlimen, pemerintah dan tentera. Namun, secara purata kaum wanita di negara itu masih berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam masyarakat yang rata-rata masih bersikap konservatif dan memegang kepercayaan bahawa kaum wanita harus duduk di rumah dan keganasan terhadap wanita merupakan satu masalah yang membelenggu negara itu.

    Setelah hampir 30 tahun, Afghanistan mempunyai juruterbang wanita yang pertama di negara itu pada tahun 2013 iaitu Kapten Niloofar Rahmani.

    Cik Ferozi berharap dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita yang lain.

    “Sebagai seorang wanita, anda perlu menghadapi pelbagai cabaran, dan anda harus mengharungi semua cabaran itu,” kata beliau.

    Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Radmanish, terdapat sekitar 1,800 wanita yang kini berkhidmat dalam angkatan tentera negara itu. Tentera Afghanistan yang menerima sokongan Amerika Syarikat dan NATO ingin menambah jumlah itu kepada 10 peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

    Source: Berita MediaCorp

  • Myanmar Haramkan Pekerjanya Dari Ke Malaysia Sedang Krisis Rohingya Meruncing

    Myanmar Haramkan Pekerjanya Dari Ke Malaysia Sedang Krisis Rohingya Meruncing

    Myanmar sudah mengharamkan para pekerjanya daripada ke negara jiran, Malaysia, setelah hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi buruk ekoran isu pembunuhan Muslim di Rohingya.

    Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kata-kata keras terhadap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana “membenarkan pembunuhan kaum” berlaku di wilayah Rakhine, dalam ucapannya di satu rapat Ahad lalu di Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan orang.

    Perhimpunan itu bagi membantah tindakan ketenteraan terhadap wilayah Rakhine di Myanmar yang memaksa lebih 20,000 Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

    Mereka yang terselamat memberitahu AFP bahawa orang-orang Rohingya dirogol beramai-ramai, diseksa dan dibunuh oleh pasukan-pasukan keselamatan Myanmar, sementara puluhan orang mati ketika cuba menyeberangi sungai yang memisahkan Myanmar dengan Bangladesh.

    Myanmar, yang kebanyakan penduduknya beragama Buddha, sudah lama mendiskriminasi terhadap orang-orang Rohingya yang tidak mempunyai kerakyatan, dan krisis baru-baru ini mencetuskan tunjuk-tunjuk perasaan di negara-negara Islam di serata rantau ini, termasuk di Malaysia.

    “Kami mahu memberitahu Aung San Suu Kyi, cukup setakat ini…Kami mesti dan akan mempertahankan orang Islam dan Islam. Dunia tidak boleh berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan kaum berlaku,” kata PM Najib dalam ucapan berapi-apinya kepada 5,000 peserta rapat pada Ahad lalu itu.

    Seorang menteri Malaysia juga menyeru agar keanggotaan Myanmar dalam blok ASEAN disemak.

    Para pegawai Myanmar menafikan dakwaan pencabulan kuasa dan Cik Suu Kyi memberitahu masyarakat antarabangsa supaya jangan mengapi-apikan keadaan.

    HENTI KELUARKAN LESEN BARU BAGI WARGA BEKERJA DI M’SIA

    Lewat semalam (6 Dis), kementerian imigresen Myanmar menyatakan ia sudah berhenti mengeluarkan lesen-lesen baru bagi para warganya untuk bekerja di Malaysia – yang selama bertahun-tahun merupakan destinasi popular bagi para pekerja asing.

    “Myanmar sudah buat sementara berhenti menghantar pekerja ke Malaysia mulai 6/12/2016 disebabkan situasi sekarang ini di Malaysia,” menurutnya dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.

    Malaysia kini mengambil puluhan ribu pekerja Myanmar, yang kebanyakannya mengambil pekerjaan bergaji rendah di kilang-kilang atau di industri makanan dan pelayanan.

    Menurut Malaysia, sekitar 56,000 orang Rohingya sudah tiba di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ramai sanggup melakukan perjalanan bot yang penuh bahaya untuk melarikan diri dari kemiskinan dan diskriminasi di wilayah Rakhine.

    Namun semalam, mantan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, yang mengetuai suruhanjaya tentang Rakhine, memberitahu para wartawan bahawa beliau berpendapat krisis itu tidak akan memecahbelahkan rantau ini.

    “Saya rasa ini boleh dikawal. Ada kemungkinan apa yang sedang berlaku ini boleh dibendung,” katanya dalam satu sidang media di Yangon pada akhir lawatan selama seminggu.

    Source: Berita MediaCorp

  • Najib Main Wayang Kulit Di Himpunan Solidariti Ummah?

    Najib Main Wayang Kulit Di Himpunan Solidariti Ummah?

    Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Himpunan Solidariti Rohingya Ahad lalu menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia bilamana media melaporkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar untuk membaiki hubungan Yangon-Kuala Lumpur berikutan perbalahan diplomatik kedua-dua negara.

    Menurut Myanmar Times, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar mengesahkan pertemuan itu.

    Presiden Myanmar, U Htin Kyaw juga dilaporkan bertemu dengan Zulkifeli untuk membincangkan operasi ketenteraan yang sedang berlangsung di Maungdaw dan Buthidaung negeri.

    “Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu.

    Susulan itu, timbul tanda tanya dari sesetengah pihak berhubung tujuan sebenar Perdana Menteri hadir ke himpunan tersebut.

    Sebelum ini, pemerintah Myanmar mengecam keras kehadiran Najib dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ribuan orang itu.

    Myanmar mengatakan kehadiran beliau melanggar prinsip ASEAN untuk tidak mencampuri urusan dalam negara anggota.

    “Saya tidak peduli. Apakah saya, pemimpin lebih dari 30 juta rakyat, diharapkan untuk menutup mata? Berdiam diri? Saya tidak akan melakukan itu,” tegas Najib.

    Malah, beliau berkata, Malaysia akan terus memberi tekanan kepada negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan.

    Pakar mengenai hal ehwal ASEAN yang berpangkalan di Bangkok, Kavi Chongkittavorn berkata, tindakan Najib itu hanya merupakan usaha untuk mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Malaysia dan beliau menganggap keprihatinan beliau mampu memberi kesan melalui diplomasi bijaksana.

    Malah, Penasihat kepada bekas Presiden, U Thein Sein, U Ko Ko Hlaing, menuduh Najib mengeksploitasi isu ini untuk mengalihkan perhatian awam dari dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadapnya.

     

    Source: IslamWeb

  • Pembangkang Malaysia Minta Pemeteraian HSR Ditangguh

    Pembangkang Malaysia Minta Pemeteraian HSR Ditangguh

    Perikatan pembangkang Malaysia, Pakatan Harapan, mahu pemeteraian perjanjian-perjanjian berhubung Kereta Api Laju (HSR) dengan pemerintah Singapura ditangguhkan.

    Ini sehingga satu kajian mendalam, kukuh dan telus dijalankan untuk membuktikan kemampanan projek tersebut.

    Para Anggota Parlimen (AP) dari Pakatan Harapan hari ini (6 Dis) menyatakan bahawa mereka mahu Malaysia bersikap terbuka tentang pendapatan yang mungkin diraih Malaysia hasil projek berkenaan dan bagaimana kos pembinaan akan ditanggung kedua-dua negara.

    “Projek itu melibatkan jumlah-jumlah besar kewangan negara, dan banyak tanah rakyat dijangka akan diambil kerajaan untuk membangunkan HSR.

    “Justeru, kerajaan tidak seharusnya merahsiakan maklumat tentang projek ini, seolah-olah ia negara Dunia Ketiga,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Sim Tze Tzin dari Parti Keadilan Rakyat, Hatta Ramli dari Parti Amanah Negara dan Ong Kian Ming dari DAP.

    Satu perjanjian tentang HSR dijangka dimeterai oleh Malaysia dan Singapura menjelang akhir tahun ini.

    Singapura dan Malaysia sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tentang projek HSR itu pada Julai.

    Laluan kereta api sepanjang 350km itu dijangka menyingkatkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada sekitar 90 minit.

    Projek itu bukan sahaja akan meningkatkan keterhubungan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi, malah kedua-dua pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia menyifatkannya sebagai bukti kerjasama dua hala yang rapat.

    Source: Berita MediaCorp

  • Mohamed Jufrie Mahmood: Mana Suara Lantang Badan Melayu Islam Dalam Isu Rohingya?

    Mohamed Jufrie Mahmood: Mana Suara Lantang Badan Melayu Islam Dalam Isu Rohingya?

    Bila Aung San Suu Kyi diraikan di Singapura minggu lepas, golongan pemerintah dan masyarakat perniagaan berpusu-pusu dgn perangai rakus mereka utk cuba mendapatkan manfaat dari pembangunan Myanmar yg dikatakan kaya dgn sumber asli. Sedikitpun tidak dikemukakan kpdnya secara terbuka tentang kezaliman dan penghapusan terhadap masyarakat Rohingya yg sedang berluasa di negeri yg diketuai oleh perempuan jahannam itu.
    Ini tidak menghairankan saya kerana yg jadi mangsa di Myanmar terdiri dari orang-orang Islam dan yg sangat ghairah meraikan perempuan jahannam itu, termasuk para pemimpin negara, dan golongan peniaga terdiri dari yg bukan Islam. Mereka rata-rata menganggap apa yg berlaku di Myanmar itu sebagai isu dalaman dan tidak melihatnya sebagai isu kemanusian. Lagipun yg jadi mangsa adalah kaum Muslimin.
    Tapi tidakkah kehadiran si jahannam di bumi Singapura ini memberikan suatu peluang yg baik bagi badan-badan Melayu Islam yg ramai bilangannya di negara kita utk menyampaikan bantahan terhadap kezaliman yg berlaku di Myanmar?
    Mereka cukup lantang bersuara bila berlaku kekejaman di negara barat yg dikatakan dilakukan oleh orang-orang yg bertindak atas nama Islam.
    Di mana perginya RRG, Mufti, ustaz-ustaz dari PERGAS – terutamanya ustaz Hasbi, ustaz Ali dan anak beliau, dan habib Hassan?
    Semuga Allah mengadili semua yg bersifat talam dua muka kerana Dia sangat mengetahui dan maha adil.
    Saya jangkakan perkara yg sama akan berlaku bila seorang lagi Jahannam – SYAITANYAHU namanya – tiba di sini sedikit masa lagi atas undangan perdana menteri. Na’uzubillahi min zalik!

     

    Source: Mohamed Jufrie Bin Mahmood

deneme bonusu