Category: Sosial

  • State Funeral For Former President S R Nathan On Friday

    State Funeral For Former President S R Nathan On Friday

    The late former President S R Nathan will receive a State Funeral on Friday (Aug 26), announced the Prime Minister’s Office (PMO) after he passed away on Monday.

    In a statement, the PMO said: “The Government has accepted the wishes of the late Mr S R Nathan and his family in making the following funeral arrangements. The Government will provide all the necessary assistance.

    “As a mark of respect to Mr Nathan, the State flag on all Government buildings will be flown at half-mast from Tuesday, Aug 23, to Friday, Aug 26, 2016.”

    The body of the late Mr Nathan will lie in state at Parliament House from 10am on Thursday, Aug 25 to 12.00pm on Friday, Aug 26.

    In its statement, the PMO said the public can pay their last respects at Parliament House from 10.00am to 8.00pm on Thursday, Aug 25. On Friday, Aug 26, members of the diplomatic corps and other officials can pay their last respects from 9.00am till 12.00pm.

    A State Funeral Service will take place from 4.00 pm on Friday, Aug 26, at the University Cultural Centre (NUS). It will be attended by Mr Nathan’s family, friends and former colleagues, the President, Cabinet Ministers, MPs, civil servants as well as Singaporeans from all walks of life.

    The State Funeral Service will be followed by a private cremation at Mandai Crematorium.

    Condolence boards will be available at Istana for those who want to pen tributes to the late Mr Nathan from tomorrow morning at 6.00 am. Condolence books will also be opened at all Overseas Missions for overseas Singaporeans and friends.

    The PMO added that the public can express their condolences and share their memories of Mr Nathan at the official website, http://www.remembering.sg/srnathan and/or the Remembering S R Nathan Facebook page.

    The public can call the hotline at 6336-1166 with queries, or visit http://www.remembering.sg/srnathan or the Remembering S R Nathan Facebook page for more details, the PMO said.

     

    Source: www.channelnewsasia.com

  • 3 Anak Melayu Disebut PM Lee Sebagai Contoh Baik Ekonomi Baru

    3 Anak Melayu Disebut PM Lee Sebagai Contoh Baik Ekonomi Baru

    Tiga anak muda Melayu disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai contoh baik yang terlibat dalam Ekonomi Baru.

    Berucap dalam Rapat Hari Kebangsaan dalam bahasa Melayu hari ini (21 Ogos), Encik Lee menyebut tentang Muhammad Ariff Awari.

    Selepas lulus kursus Kejuruteraan Elektrik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Muhammad Ariff meneruskan pengajiannya di Politeknik Nanyang.

    Muhammad Ariff Awari. (Gambar: MCI)

    Beliau kemudian bertanding dalam pertandingan WorldSkills Singapore, iaitu pertandingan berprestij yang diadakan sekali dalam setiap dua tahun yang menyaksikan para belia mempamerkan kemahiran masing-masing untuk mencari bakat-bakat terbaik di kalangan para belia di Singapura.

    Para peserta cemerlang akan dipilih mewakili Singapura di pertandingan WorldSkills Competition.

    Muhammad Ariff dan pasukannya mencipta sebuah robot yang boleh menyajikan makanan dan kemudian membawa pinggan mangkuk ke dapur. Lebih membanggakan, ciptaan robot mereka itu memenangi pingat perak.

    ABDUL HALIM – DARI MADRASAH IRSYAD, KE PHD, KE EKONOMI BARU

    (Gambar: Abdul Halim Ali Akbar)

    (Gambar: MCI)

    Seorang lagi anak Melayu yang diketengahkan Encik Lee ialah Abdul Halim Ali Akbar, lulusan Madrasah Irsyad Zuhri dan graduan Politeknik Singapura.

    Kata Encik Lee, Abdul Halim baru-baru ini menerima Sarjana bidang Aeronautik dari Imperial College London, dan akan memulakan pengajian ijazah kedoktorannya (PhD) tidak lama lagi.

    Sementara menunggu memulakan pengajian PhD, Abdul Halim bekerja di A*STAR, dan salah satu projeknya ialah membina dron yang menrima arah penerbangan dari kod QR.

    “Inilah komitmen Pemerintah. Kami sediakan permulaan yang baik bagi setiap anak agar lebih ramai boleh berjaya seperti Ariff dan Halim,” ujar Encik Lee.

    Namun kata Perdana Menteri, Ekonomi Baru bukan sahaja bagi sektor teknologi, tetapi pekerja di sektor bukan teknologi juga mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran melalui SkillsFuture.

    NORAISHIKIN ISMAIL – DARI ITE KE SARJANA MUDA

    Encik Lee memberi contoh anak Melayu ketiga, Noraishikin Ismail, lulusan NITEC Tinggi ITE dalam bidang perakaunan.

    Noraishikin Ismail. (Gambar: MCI)

    Pada mulanya, Noraishikin bekerja sebagai koordinator porgram di Persatuan Jagaan Lanjut Singapura (SAC).

    Beliau kemudian tertarik dengan kerja sosial dan mengambil Diploma serta Diploma Lanjutan dalam Khidmat Sosial.

    Hasilnya, beliau dinaikkan pangkat menjadi pengurus di SACA.

    Tahun lalu pula, Noraishikin menang Anugerah Pengajian SkillsFuture dan kini sedang memburu ijazah Sarjana Muda dalam Kerja Sosial.

    “Seperti Noraishikin, saya harap lebih ramai pekerja Melayu akan merebut peluang untuk perbaiki taraf hidup anda,” kata Encik Lee.

    Source: Berita MediaCorp

  • Lelaki Tinggalkan Isteri Dan Kahwin Ibu Mertuanya Kini Menyesal, Mahu Cerai

    Lelaki Tinggalkan Isteri Dan Kahwin Ibu Mertuanya Kini Menyesal, Mahu Cerai

    Cinta itu tidak mengenal usia, namun cinta juga buta dan boleh membawa kepada penyesalan buat selama-lamanya.

    Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di India yang sanggup meninggalkan isterinya gara-gara mabuk cinta dengan ibu mertuanya sendiri, hingga akhirnya mengahwini wanita yang 20 tahun lebih tua daripadanya itu.

    Namun kini, Suraj Mahto, 22 tahun, yang menjadi tajuk berita setelah mengahwini Asha Devi, 42 tahun, menyesal dan sudah memfailkan perceraian, menurut laman Daily Mail.

    Semuanya bermula apabila Cik Devi tinggal bersama anak perempuannya, Cik Lalita dan suami Cik Lalita ketika itu, Encik Mahto, di kampung Puraini di wilayah Bihari tahun lalu.

    TERJEBAK CINTA TERLARANG APABILA JAGA MENANTU YANG SAKIT

    Daily Mail melaporkan, wanita itu menjaga Encik Mahto ketika beliau sakit, hinggalah mereka berdua terjebak menjalin percintaan terlarang.

    Setelah wanita itu pulang ke rumahnya, Encik Mahto kerap menghubunginya dan mereka berbual berjam-jam, malah beliau juga mengunjungi wanita yang juga ibu mertuanya ketika itu di rumah.

    Namun, percintaan terlarang mereka itu terbongkar juga – Lalita mendapat tahu tentang hubungan sulit suami dan ibunya itu. Beliau meminta ibunya menjauhi diri daripada Encik Mahto namun wanita itu enggan melakukannya.

    Bapa Lalita dan suami Cik Devi, yang bekerja di sebuah kilang di Delhi, juga tidak mampu menghentikan hubungan asmara mereka berdua itu, lapor Daily Mail.

    “SAYA SUDAH TIDAK LAGI ANGGAPNYA SEBAGAI SUAMI, TAPI MENANTU”

    Akhirnya, Cik Devi dan Encik Mahto kahwin lari pada 1 Jun lalu. Malangnya, dua bulan kemudian, pasangan itu menyedari mereka sudah melakukan kesilapan.

    Encik Mahto, seperti ditukil Gulf News berkata beliau sudah menyedari kesilapannya dan kini tidak lagi menganggap Cik Devi sebagai isterinya, tetapi sebagai ibunya.

    Beliau berkata akan memujuk Cik Lalita kembali ke pangkuannya – mereka juga mempunyai seorang anak lelaki.

    Cik Devi pula berkata kepada Gulf News: “Saya tidak lagi anggapnya sebagai suami, tetapi anak menantu. Kami sudah failkan perceraian di mahkamah dan saya mahu pulang ke suami saya secepat mungkin.”

    Source: Berita MediaCorp

  • Khairu Rejal: Manhaj Salafi Yang Dibawakan Hang FM Bukan Menyokong ISIS

    Khairu Rejal: Manhaj Salafi Yang Dibawakan Hang FM Bukan Menyokong ISIS

    Selalu jugak bila driving aku dengar Hang FM. Kadang-kadang bila ada pembentangan yang aku tak setuju (actually often jugak terjadi) dengan pandangan pembentang aku switch to IKIM (tapi IKIM pun dah banyak advertising dah). Bagi pendengar setia HANG FM (emphasis on “setia”✌️) cuba consider Fiqhul Waqi’ jadi tak semua kita terima 100%. Namun demikian, tak pernah aku dengar Hang FM cerita pasal ISIS …

    Oh ni ada orang dah cucuk cukup-cukup .. dia anti lepas tu dia cucuk lagi.Ingatlah. Kalau tak setuju dengan manhaj ni, pada aku takpelah … tapi kena ingat yang manhaj ini antara terawal menghukum khawarij kepada sesiapa yang membina jemaah dalam Islam kerana ini pada mereka memecahkan Islam. Mereka juga langsung mengharamkan pengeboman bunuh diri dalam apa-apa keadaan. Jadi tak betul untuk imply yang manhaj yang Hang FM bawa ini pro ISIS. Bersifat adil ..

    At a broader level, lepas spotlight “salafi, nak spotlight siapa lagi? “tabligh” pasal pergi India, Pakistan and Bangladesh or “sufi” consider the Sanusi movement or “syiah” pasal pro-Iran … apa lagi? Buka matamu, pandang lebih jauh kehadapan. Jangan jadi anai-anai …

     

    Source: Khairu Rejal

  • Mohd Khair: Timbangkan Sendiri – Masuk Akal Ke Radio Hang FM Ini Sebarkan Ajaran Radikal

    Mohd Khair: Timbangkan Sendiri – Masuk Akal Ke Radio Hang FM Ini Sebarkan Ajaran Radikal

    Ramai pembantu rumah dari Indonesia dengar Radio Hang dari Batam setiap hari.

    Mereka terdedah dengan risiko ‘self-radicalisation’. Dan mereka ini sekarang berada di Singapura.

    Malah keseluruhan warga Indonesia di Batam pun berada dalam posisi ‘self-radicalisation’ kerana terdedah dengan Radio Hang dari Batam.

    Apakah langkah yang perlu diambil untuk melindungi keselamatan Singapura dalam isu ini?

    1. Jam frequency atau internet Radio Hang dari Batam agar ianya tidak lagi boleh didengari di Singapura

    2. Sementara menunggu kesan dari jamming atauu banning itu, para majikan pastikan yang setiap pembantu Indonesia tidak mengikuti siaran Radio Hang mulai dari sekarang.

    3. Angkut kesemua pembantu rumah dari Indonesia yang mendengar Radio Hang Batam untuk ditemuduga demi mencari elemen-elemen radikal di kalangan mereka.

    4. Hantar balik pembantu para pembantu rumah yang menunjukkan bibit-bibit ‘self-radicalisation’

    5. Membataskan perjalanan warga Indonesia ke Singapura, terutama ke atas mereka yang terdedah dengan Radio Hang setiap hari di Batam.

    6. Memantau pergerakan warga Indonesia dari Batam yang sekarang ini berada di Singapura kerana mereka ini sekarang berisiko tinggi kerana terdedah dengan Radio Hang

    7. Pihak MFA menghantar nota bantahan kepada kedutaan Indonesia kerana membenarkan Radio Hang beroperasi di Batas dengan frequency yang menjangkau ke Singapura dan mendedahkan rakyat Singapura dengan ideologi radikal. Di dalam nota bantahan itu, pemerintah Singapura menasihatkan pemerintah Indonesia agar mengharamkan Radio Hang dari Batam kerana menjadi sumber ‘self-radicalisation’ yang menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Singapura.

    Semoga langkah-langkah ini akan menamatkan pengaruh radikal Radio Hang terhadap warga Batam dan juga warga Singapura serta sesiapa juga yang mendengar siaran radio tersebut.

    Demi keselamatan kita bersama, iaitu untuk warga Singapura dan juga warga Indonesia.

    Tetapi apakah benar Radio Hang di Batam itu bahaya dan menjadikan orang yang mendengarnya jadi ‘self-radical’?

    Kalau betul, maka apa yang dibentangkan di atas ini perlulah ditimbangkan secara serius.

    Betul ke?
    Boleh ke?
    Masuk akal ke?

     

    Source: Mohd Khair M Noor

deneme bonusu