Blog

  • Adik Nadya Berusia 9 Tahun, Terbang Solo Dari Singapura Ke Jepun

    Adik Nadya Berusia 9 Tahun, Terbang Solo Dari Singapura Ke Jepun

    Usianya baru sekecil sembilan tahun, tapi kanak-kanak ini sudah ada keberanian untuk ‘terbang’ dari satu negara ke satu negara yang lain – secara solo!

    Nadya Naori Ikeda, anak warga Melayu Singapura bernama Dr Rita Zamzamah Nazeer, menaiki pesawat bagi penerbangan selama tujuh jam, dari Singapura ke Tokyo secara sendirian pada Ahad lalu (2 Apr).

    Ini sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Mungkin satu dalam sejuta sahaja, kerana tidak ramai ibu bapa yang berani melepaskan anak mereka yang berusia 9 tahun ‘berjalan’ sendirian sejauh 5,300 kilometer.

    50% GHAIRAH, 50% GEMENTAR

    Semasa dihubungi BERITAMediacorp, Nadya dengan jujur berkongsi perasaannya, semasa pertama kali diberitahu dia akan menaiki pesawat secara bersendirian, tanpa sebarang orang yang dikenali seperti anggota keluarganya.

    “Saya rasa 50 peratus ghairah dan lagi 50 peratus gementar untuk naik pesawat seorang diri! Saya ghairah kerana ini satu pengalaman baru tapi saya juga khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.”

    Nadya merupakan anak sulung Dr Rita Zamzamah dan suaminya, Encik Keita Ridhwan Ikeda, seorang wartawan akhbar Jepun.

    Dr Rita pula bertugas di Jakarta sebagai perunding cara di Pusat Sumber Miriam Budiarjo, Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Indonesia.

    Menurut Dr Rita, anak-anak beliau memegang dua kerakyatan dan mereka berada di Singapura untuk menziarahi sanak-saudara.

    MENGAPA NADYA PERLU NAIK PESAWAT SECARA SOLO?

    “Kami tinggal di Jakarta selama tiga tahun dan (selepas ini) kami akan menetap di Tokyo selama tiga tahun. Tugas suami saya memerlukan kami berpindah beberapa tahun sekali,” katanya.

    Beliau menambah, Nadya yang akan memulakan pembelajaran di sebuah sekolah yang baru di Tokyo, sepatutnya bertemu dengan pengetua sekolah tersebut pada 3 April. Namun Dr Rita tidak dapat menemani anaknya itu ke Tokyo kerana perlu menghadiri satu mesyuarat penting di Singapura.

    Maka atas saranan suaminya yang berada di Tokyo ketika itu, mereka memutuskan untuk membenarkan Nadya terbang bersendirian di bawah program kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani menerusi syarikat penerbangan ANA.

    “Suami saya yang menyarankan agar Nadya terbang ke Tokyo sendirian. Suami dan saya berbincang dan bersetuju bahawa ini satu peluang yang baik untuk membiarkan beliau mencuba program kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani.

    “Kami tahu tentang program itu tetapi sebelum ini kami berpendapat Nadya belum bersedia melakukannya,” cerita ibu dua orang anak perempuan ini kepada BERITAMediacorp. Anak keduanya, Sofya Sayuri Ikeda, berusia dua tahun.

    Dr Rita Zamzamah bersama suami, Encik Keita Ridhwan Ikeda, dan dua anaknya. 

    SERONOK DAPAT ‘KAWAN BARU’

    Mengimbas kembali pengalamannya itu, Nadya berkata perasaan takut dalam hatinya hilang semasa berada di dalam pesawat kerana beliau dijaga dengan baik oleh anak-anak kapal.

    “Setiap minit mereka datang untuk memastikan saya dalam keadaan baik, bertanya apa yang mahu saya makan atau sama ada saya haus,” ujar Nadya yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan.

    Selain menonton filem, menulis diari dan membaca, Nadya turut berbual-bual dengan seorang penumpang wanita yang duduk bersebelahan dengan beliau.

    “Wanita itu orang Filipina dan dia membawa bayi perempuan. Saya tak ingat nama bayi itu tapi ia bermula dengan huruf A. Saya berbual dengan beliau dan seronok dapat bermain dengan bayi itu.

    “Ini pengalaman yang menarik kerana kalau saya bersama ibu bapa, biasanya saya hanya menghabiskan masa bersama adik saya dan tidak membuat kawan baru,” kongsi Nadya lagi kepada BERITAMediacorp.

    MAHU TERBANG SOLO LAGI!

    Menurut Nadya, dia menjadi yakin kerana ibu bapanya sentiasa memberitahu bahawa semuanya akan berjalan lancar dan ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat dirinya.

    “Ibu bapa saya kata jika pengalaman saya ini sesuatu yang bagus, saya boleh terbang solo lagi untuk menziarahi saudara-mara di Singapura pada cuti musim panas. Jika sebaliknya, tidak ada apa yang rugi kerana saya tidak perlu melakukannya lagi,” tambah beliau yang disambut oleh bapanya, sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

    Apabila ditanya BERITAMediacorp sama ada dia ingin terbang secara solo lagi, dengan penuh bersemangat Nadya berkata: “Iya! kerana saya tahu saya boleh melakukannya sendiri kerana saya sudah ada pengalaman.”

    LANGSUNG TAK TITIS AIRMATA

    Detik penting dalam hidup Nadya ini dikongsi oleh Dr Rita di laman Facebook beliau, sambil berkata anaknya itu langsung “tidak menitiskan sebutir air mata pun” semasa memeluk dan ‘berpisah’ dengan beliau serta saudara-mara dari Singapura, di Lapangan Terbang Changi. Sebaliknya, si ibu yang “bertarung hebat untuk tidak menangis” di hadapan anaknya itu.

    Hakikatnya, ini sesuatu yang menarik dan mengagumkan bagi Dr Rita kerana sebelum ini Nadya bukanlah seorang yang begitu berani.

    “Nadya seorang yang lemah-lembut. Ia kekuatan beliau tetapi ia juga kelemahan beliau. Oleh itu kami cuba membina keyakinan dirinya dan menggalak beliau supaya berdikari. Menaiki pesawat secara solo satu pencapaian besar bagi dirinya,” kata Dr Rita.

    Pastinya, siapalah yang tak sayang anak. Bukan mudah juga bagi ibu bapa membiarkan anak mereka menaiki pesawat sendirian pada usia yang begitu muda.

    TIDAK TUNJUK KERISAUAN KEPADA ANAK

    “(Pada mulanya) Nadya gementar, seperti kanak-kanak lain juga! Beliau tanya banyak soalan sama ada beliau akan diculik dan apa yang harus dilakukan jika pesawat terhempas.

    “Kami tidak memandang enteng soalan-soalan yang ditanya. Walaupun bunyinya seperti bukan-bukan, ia tetap keprihatinan sebenar seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun. Jadi kami menjawab setiap soalan beliau dan mengingatkannya bahawa Allah sentiasa akan bersamanya,” kata Dr Rita, yang lulus dengan ijazah Kepujian Kelas Pertama dan pernah menjadi pelajar terbaik NIE-NTU pada tahun 2004, serta menjadi valediktorian kohortnya.

    Meskipun Dr Rita beliau sendiri amat bimbang dengan keselamatan anaknya, Dr Rita memberitahu BERITAMediacorp beliau memastikan supaya mereka suami isteri tidak menunjukkannya kepada Nadya.

    “Kanak-kanak boleh mengesan perasaan sedemikian dan boleh terjejas. Saya rasa galakan positif kami membolehkan Nadya membuka mindanya,” tambah Dr Rita yang sudahpun menyusul Nadya ke Tokyo pada hari Selasa (4 Apr).

    LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG DIAMBIL UNTUK ANAK

    Dalam pada itu, Dr Rita juga memastikan langkah-langkah keselamatan diambil supaya “Nadya tahu jika ada yang tidak kena”.

    “Kami memberikan gambaran mental tentang prosedur-prosedur yang perlu dilaluinya – dari balai berlepas di Singapura sehinggalah tiba di Tokyo dan bertemu dengan bapanya,” tambah ibu berusia 36 tahun itu.

    Nadya pula memberitahu BERITAMediacorp: “Saya tulis nombor telefon ibu bapa saya (nombor Singapura dan Jepun) dalam buku yang bawa bersama. Saya juga tulis nombor kod bagi bagasi saya.”

    Mungkin, inilah yang dikatakan, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semangat yakin diri yang ada pada Dr Rita dan suaminya, mungkin tertumpah kepada anaknya. Dr Rita, sebenarnya mengambil ijazah Sarjana dan PhD semasa menetap di Tokyo mengikut suaminya. Beliau berada dalam senarai dekan (Dean’s List) bagi kedua-dua kursus ijazah tersebut, dan akhirnya menjadi pelajar Sarjana (MA) terbaik kohortnya di Universiti Waseda di Jepun pada 2011 – bermakna kali kedua dalam hidupnya, Dr Rita menjadi valediktorian!

    Dr Rita berkata beliau dan suami yang sudah dikahwininya selama 10 tahun, komited membangunkan perwatakan kedua-dua anak mereka.

    “Kami tidak terlalu menekankan kecemerlangan akademik kerana kami yakin jika perwatakan mereka baik, prestasi akademik juga akan baik. Kemahiran akademik juga lebih mudah untuk diajar,” kata Dr Rita yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris di sekolah Catholic High.

    Mungkin, inilah yang boleh disifatkan sebagai asuhan atau benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung dan kalau dicampak ke laut menjadi pulau.

     

     

    Rilek1Corner

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Pembaca Berita Sampaikan Berita Kematian Suami Di Televisyen

    Pembaca Berita Sampaikan Berita Kematian Suami Di Televisyen

    Seorang pembaca berita televisyen mengetahui berita mengenai suaminya maut dalam nahas jalan raya ketika menyampaikan laporan berita tergempar secara langsung.

    Supreet Kaur yang merupakan pembaca berita untuk saluran IBC24 di India dilihat tenang semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas dan mangsa menerusi panggilan telefon.

    Walaupun wartawan itu tidak menyebut nama-nama mangsa, tetapi memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang di dalam kereta yang terbabit dalam nahas itu terbunuh, menurut mStar Online yang menukil laporan Mirror.

    Butiran itu sudah cukup bagi Kaur, 28 tahun, menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.

    Ketika kejadian, suaminya menaiki kereta yang sama, Renault Duster, di jalan yang sama pada masa yang sama bersama empat lagi rakan.

    Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan mengenai nahas jalan raya membabitkan suaminya disampaikan.

    Memetik laporan Hindustan Times, Kaur bagaimanapun menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.

    Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.

    Editor itu berkata: “Tetapi kami tidak memberitahu beliau. Kami tak sanggup.”

    “Beliau bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya.”

    Seorang rakan setugas berkata: “Beliau seorang wanita yang sangat tabah. Kami berbangga dengan beliau sebagai pembaca berita, tetapi apa yang telah berlaku hari ini benar-benar mengejutkan kami.”

    Kaur bertugas sebagai pembaca berita untuk IBC24 selama sembilan tahun. Beliau dan suaminya sudah setahun berkahwin.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Permohonan Maaf Najip Ali Ditolak, Masih Ada Yang Belum Mintak Maaf – Zed Zaidi

    Permohonan Maaf Najip Ali Ditolak, Masih Ada Yang Belum Mintak Maaf – Zed Zaidi

    PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) tidak menerima permohonan maaf yang dibuat oleh stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip Ali berhubung kenyataan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.

    Presidennya, Zed Zaidi berkata, keputusan itu diambil memandangkan terdapat ahli panel lain yang masih belum meminta maaf sehingga tempoh yang diberi tamat.

    “Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian lagi.

    “Kita mahu semua ahli panel meminta maaf,” katanya kepada Media Hiburan.

    Selain Najip, OK Chope! menampilkan Vernetta Lopez sebagai hos rancangan dan ahli panel lain ialah Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See.

    Pada perkembangan sama, Zed turut mempersoalkan tindakan ahli panel lain yang masih berdiam diri seterusnya beranggapan isu tersebut tidak pernah selesai.

    “Semua sedia maklum, kita bagi tempoh sehingga Jumaat (semalam), namun tiada tuntutan maaf daripada ahli panel yang lain. Mereka boleh berhubung dengan saya secara terus melalui telefon atau emel.

    “Kalau tiada inisiatif, kita anggap perkara ini tak selesai,” katanya.

    Susulan itu, Seniman memfailkan laporan polis terhadap semua selebriti yang terbabit dalam program itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

    Pada masa sama, katanya, Seniman juga akan menghantar satu memorandum kepada Kerajaan Malaysia.

    “Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam membantu kerajaan dari sudut industri seni negara.

    “Kita juga mahu beri pengajaran buat artis luar jika mahu masuk negara Malaysia perlu ikut undang-undang dan jangan buat hal,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Seniman menafikan semua tindakan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi.

    “Kita tegaskan, ini bukan mencari publisiti murahan tapi ini berlaku dalam bidang seni itu sendiri.

    “Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab melakukan sesuatu demi melihat industri seni ini dihormati,” katanya. – Sinar Harian

     

    Source: http://www.malaysiadreamnews.com

  • When Will Ideals In Singapore Pledge Be Reality For Malay Singaporeans?

    When Will Ideals In Singapore Pledge Be Reality For Malay Singaporeans?

    This is not a religious issue. It is about equality before the law.

    The desire to be treated equally before the law is imbedded in every human soul. It is a universal yearning.

    Even our Constitution refers to the inalienable right of every citizen to equal treatment on all fronts regardless of race, language and religion.

    And therefore PAP leaders should strive to be more understanding of the passions underlying the tudung issue and other issues such as the discrimination in the military services.

    The Malays have been very patient and understanding towards the PAP in the last 50 years.

    Do not make us wait for another 50 years before making the National Pledge a reality to all Singaporeans – please.

     

    Source: Ismail Kassim

  • Why Have GRCs If Minority MPs Can’t Speak Up On Minority Issues?

    Why Have GRCs If Minority MPs Can’t Speak Up On Minority Issues?

    This week, when WP MP Muhammad Faisal spoke up against the ban on the wearing of tudung in certain occupations here, PAP Minister Masagos Zulkifli rebuked him for “subtly and frequently needling” the Malay community with this issue.

    Minister Masagos said that Parliament is not the the platform to discuss such issues. He further implied that MP Faisal is sowing discord and disrupting Singapore’s racial and religious harmony.

    According to the Election Dept, which comes directly under the purview of PM Lee, the GRC system was “established in 1988 to ensure that the minority racial communities in Singapore will always be represented in Parliament”.

    WP MP Faisal was the minority GRC candidate elected by Aljunied residents to ensure that their Malay community will be represented in Parliament.

    So, when MP Faisal is talking about issues related to the Malay community, how is he sowing discord? And why can’t he bring minority issues up in Parliament?

    How is he supposed to “represent” minority racial communities in Parliament? By keeping his mouth shut and not talking about any minority issues in Parliament?

    That being the case, why are we having GRCs in the first place?

     

    Source: www.theindependent.sg

deneme bonusu