Tag: Agama

  • Maarof Salleh: Perjuangan Untuk Mendapat Kelulusan Hijab Satu Amalan Hak Asasi Manusia

    Maarof Salleh: Perjuangan Untuk Mendapat Kelulusan Hijab Satu Amalan Hak Asasi Manusia

    Ini ialah komen saya akan posting En Maidin Packer berhubung isu tudung. Komen saya itu panjang, lalu saya pisahkan sebagai posting tersendiri.

    “Isu asas di sini bukanlah mahu mendesak pemerintah mewajibkan pemakaian tudung utk muslimat. Isu sebenarnya ialah meminta pemerintah tidak mengenakan larangan pemakaian tudung bagi muslimat di beberapa sektor pekerjaan, terutama sektor pekerjaan beruniform dan di setengah-setengah ‘front-counter’ pejabat/badan pemerintah. Dan itupun hanya mahukan pemerintah ‘membenarkan’ mereka yg mahu memakai tudung, bukan menyebabkan semua pekerja muslimat mesti memakai tudung.

    Dalam isu inilah, tindakan pemerintah utk terus mengekalkan dasarnya sekarang salah.

    Dan alasan yg terus dipegang pemerintah utk mengekalkan dasar itu jelas tidak dapat dipertahankan jika perkembangan di tempat-tempat lain diteliti. Malah ganjil utk diterima sebagai munasabah.

    Bagaimanapun, cara sebhgn pejuang tudung di sini mengetengahkan tuntutan mereka juga banyak yg salah.

    Ini termasuk cara mendesak yg kasar. Sebhgnya mengambil pendekatan mencela org lain yg tidak sealiran dg pemikiran mereka.

    Pendekatan mereka lebih merupakan pendekatan sebagai penghukum, sedangkan muslim tidak semestinya berada dlm kedudukan sebagai penghukum pd semua masa.

    Satu lagi pendekatan yg dipakai ialah menuduh sesiapa saja yg dianggap bukan golongan pejuang tudung sebagai melawan Islam. Pendekatan ini tanpa disedari mengasingkan mereka yg sepatutnya tidak wajar sengaja diasingkan dlm perjuangan ini.

    Pendekatan begini juga salah.

    Jadi, perjuangan menuntut pemerintah tidak meneruskan sekatan bertudung yg ternyata salah dan sukar dipertahankan kemunasabahannya, mesti memakai kaedah dan pendekatan yg bijak.

    Selain beberapa hujah yg sudahpun dikemukakan sejauh ini, yg perlu dibangkitkan ialah hujah bahawa membenarkan muslimat memakai tudung, misalnya dalam industri kejururawatan, tidak akan mengurangkan atau menutup peluang pekerjaan mana-mana pihak dlm industri berkenaan.

    Juga, perjuangan ini tidak seharusnya memakai alasan itu hak beragama semata. Malah sebaliknya, ia lebih merupakan satu amalan asasi kemanusiaan yg wajar dihormati. Misalnya, jika wanita mendedah aurat dg berseparuh telanjang, yg lebih mengundang musibah, tidak menimbulkan sebarang kegusaran, mengapa dg pilihan utk menutup aurat?

    Diharap pandangan ini tidak disalah anggap. Sebagai muslim, sikap dan pendirian saya tetap istikamah kpd prinsip: perintah dan sokong yg baik (amar ma’ruf), banteras atau bantah yg buruk (nahi mungkar).

    Dan perjuangan berprinsip ini menjadi tanggungjawab semua.

    Semoga kita terus sedar!”

     

    Source: Maarof Salleh

  • Aaron Aziz Bidas Erwin Shah Dawson

    Aaron Aziz Bidas Erwin Shah Dawson

    KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah dari Singapura, Aaron Aziz, membidas pelakon baharu senegaranya, Erwin Dawson, 26, berikutan kenyatan beliau mengenai Islam.

    Erwin menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau boleh mengamalkan ajaran Islam secara bebas di Malaysia berbanding di negara asalnya.

    Tegas Aaron, kenyataan yang dibuat oleh Erwin itu kurang matang dan boleh mendatangkan pelbagai persepsi negatif terhadap umat Islam di Singapura.

    “Sebagai seorang yang lebih ‘senior’ saya menasihatkan kepada awak supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

    “Kenyataan yang dibuat boleh membuatkan orang ramai lebih menyampah dengan artis Singapura, sekali gus membuatkan orang ramai bergaduh, mencaci dan mengutuk sesama sendiri di laman sosial,” tulis Aaron menerusi status Instagramnya.

    Selang beberapa minit kemudian, Erwin pula memuat naik kenyataan balas, yang menganggap cara Aaron menegurnya sebagai kurang sesuai. “Anda lebih ‘senior’ dan seharusnya lebih tahu cara baik untuk menegur saya.

    Bukan dengan cara memuat naik di laman sosial yang boleh mendatangkan banyak masalah.

    “Namun, jika saya salah, maafkan saya kerana sebagai pendatang baharu. Lebih banyak yang perlu saya belajar,” tulis Erwin.

    Erwin atau nama sebenarnya Erwin Shah Dawson mula membina nama di Malaysia menerusi drama bersiri Dunia Generasi Baru dan Bencinta.

    Source: www.bharian.com.my

  • Mohd Khair: Hidup Berlandaskan Pegangan Agama Boleh Bantu Membanteras Gejala LGBT

    Mohd Khair: Hidup Berlandaskan Pegangan Agama Boleh Bantu Membanteras Gejala LGBT

    Berdasarkan KISAH SEBENAR…buat renungan bersama

    Ayah: Kau duduk sini diam-diam. Kau ingat apa kau buat tu betul? Mana aku nak letak muka. Buat malu keluarga jer…tak pernah ada keturunan aku buat kerja terkutuk tu…
    Anak: Apa ni ayah? Senang-senang nak tuduh macam-macam..
    Ayah: Ustaz, saya mintak Ustaz nasihatkan anak saya ni…
    Ustaz: Nasihat apa Pakcik?
    Ayah: Dia ada kekasih…
    Ustaz: Anak awak tu ada kekasih?
    Ayah: Ya Ustaz
    Ustaz: Betul ke kata ayah awak tu yang awak ni ada girlfriend?
    Ayah: Bukan girlfriend Ustaz…!!!
    Ustaz: Habis, awak jugak yang kata anak awak ni ada kekasih?
    Ayah: Bukan cewek Ustaz….anak jantan saya ada cowok…dia ada boyfriend…!!!
    Ustaz: Kawan lelaki?
    Ayah: Betul tu Ustaz…
    Ustaz: Apasal pulak awak kata dia ada kekasih? Padahal yang dia ada tu kawan lelaki?
    Ayah: Sama lah tu Ustaz….kawan lelaki dia tu lah kekasih anak saya!
    Ustaz: Apa awak cakap ni?
    Ayah: Saya malu Ustaz…
    Ustaz: Cakap terus terang dengan saya….
    Ayah: Anak saya ni gay…
    Ustaz: Astaghfirullahal azim…awak ni cakap baik-baik sikit. Jangan tuduh sebarangan. Ini anak awak sendiri…
    Ayah: Betul Ustaz. Dia sendiri yang mengaku. Saya malu….
    Ustaz: Betul cakap ayah awak tu…?
    Anak: (Tak jawab. Pandang arah lain…)
    Ayah: Ustaz, nasihatkan dia, biar dia tinggalkan kekasih dia tu…
    Ustaz: Betul…? (dialog kena potong dengan anak)
    Anak: Ustaz, sebelum Ustaz cakap apa-apa pada saya, Ustaz cakap dulu dengan ayah saya ni. Cakap dengan dia…kenapa dari dulu lagi dia tidak cakap dengan saya yang jadi gay tu salah, haram, masuk neraka! Kenapa? Kalau dari dulu dia hantar saya belajar agama dengan Ustaz, tentu hari ini saya tidak duduk depan Ustaz! Kalau dari dulu dia siang-siang dah cakap, saya tentu tak jadi macam ni! Sebelum Ustaz nasihatkan saya, Ustaz nasihatkan bapak saya ni dulu…!!!
    Ayah: Kurang ajar punya anak…!!!

     

    Source: Mohd Khair

  • Doa Antara Agama Dianjurkan Pertubuhan Antara Agama Singapura Semalam

    Doa Antara Agama Dianjurkan Pertubuhan Antara Agama Singapura Semalam

    PERTUBUHAN Antara Agama (IRO) Singapura menganjurkan doa antara agama di pejabat pertubuhan itu di Palmer House semalam, bagi mendoakan kedamaian, keharmonian, dan kemakmuran perpaduan umat manusia.

    Wakil agama, duta dan pesuruhjaya tinggi daripada misi diplomatik Indonesia, Malaysia, dan Perancis turut hadir bagi mengenang dan berdoa bagi mangsa bencana alam dan konflik.

    Dalam ucapannya di majlis itu, Presiden IRO, Encik Gurmit Singh, menyatakan bagaimana tragedi telah menyatukan manusia tidak kira agama, bangsa dan kerakyatan.

    “Walaupun mangsa tragedi ini berada jauh beribu batu, kita dapat rasakan kesedihan mereka,” kata beliau.

    “Masyarakat antara agama Singapura ingin mainkan peranannya secara rohani dengan memanjatkan doa dan peringatan ikhlas kami kepada mangsa bencana dalam memaparkan perpaduan kepada rakan-rakan serantau dan antarabangsa kita,” kata Encik Singh.

    Tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)), Cik Low Yen Ling, menekankan perlunya rakyat Singapura terus mengeratkan dan memperkukuh keharmonian antara kaum dan agama, dan menunjukkan ihsan kepada mangsa tragedi dan bencana alam.

    “Rakyat kita mesti bersatu dalam usaha kolektif. Kita boleh mainkan peranan,” ujar Cik Low.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Osman Sulaiman Dilantik Setiausaha Agung Persatuan Belia MOTIVASI

    Osman Sulaiman Dilantik Setiausaha Agung Persatuan Belia MOTIVASI

    Persatuan Belia MOTIVASI telah memilih sdra Osman Sulaiman sebagai Setiausaha Agung nya yang baru.

    Persatuan Belia MOTIVASI yang berdaftar dengan Pendaftaran Persatuan (ROS) sejak tahun 1993 yang bergerak aktif dengan program-program khas untuk belia  dan isu-isu masyarakat amnya. MOTIVASI yang pernah berkerjasama dengan badan-badan Islam dan masjid-masjid Singapura sebagai contoh PERTAPIS, Masjid Ar-Rhaudah, Masjid Kassim dan lain-lain.

    Program-program yang telah MOTIVASI laksanakan adalah seperti Kelas Tuisyen Percuma, membantu belia dalam kes-kes mahkamah (juvenile delinquency), mengadakan pertandingan bolasepak, acara-acara sukan, Konvensyen Belia dengan penglibatan masyarakat dalam isu-isu semasa dan sebagainya.

    MOTIVASI juga telah bersama dalam program YMS (Young Muslim Secretariat), Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), WAY (World Assembly Of Youth) yang memberi ahli-ahlinya kemahiran dan kematangan dalam kepimpinan.

    Integrasi kaum dan kerjasama diantara NGOs, CCs dan masjid-masjid dalam projek ‘Belia Jaya’ adalah diantara usaha MOTIVASI pelopori bagi keharmonian kaum dan kemakmuran masyarakat Singapura.

    Justeru itu usaha untuk mendekati belia dan masyarakat dipergiatkan bagi meneruskan usaha murni ini dengan motto MOTIVASI ‘Kejayaan Melalui Perpaduan’ (Success Through Unity). Untuk pertanyaan, penyertaan dan keahlian emel [email protected].

     

    Source: http://singapurakita.bravejournal.com