Maarof Salleh: Perjuangan Untuk Mendapat Kelulusan Hijab Satu Amalan Hak Asasi Manusia

Ini ialah komen saya akan posting En Maidin Packer berhubung isu tudung. Komen saya itu panjang, lalu saya pisahkan sebagai posting tersendiri.

“Isu asas di sini bukanlah mahu mendesak pemerintah mewajibkan pemakaian tudung utk muslimat. Isu sebenarnya ialah meminta pemerintah tidak mengenakan larangan pemakaian tudung bagi muslimat di beberapa sektor pekerjaan, terutama sektor pekerjaan beruniform dan di setengah-setengah ‘front-counter’ pejabat/badan pemerintah. Dan itupun hanya mahukan pemerintah ‘membenarkan’ mereka yg mahu memakai tudung, bukan menyebabkan semua pekerja muslimat mesti memakai tudung.

Dalam isu inilah, tindakan pemerintah utk terus mengekalkan dasarnya sekarang salah.

Dan alasan yg terus dipegang pemerintah utk mengekalkan dasar itu jelas tidak dapat dipertahankan jika perkembangan di tempat-tempat lain diteliti. Malah ganjil utk diterima sebagai munasabah.

Bagaimanapun, cara sebhgn pejuang tudung di sini mengetengahkan tuntutan mereka juga banyak yg salah.

Ini termasuk cara mendesak yg kasar. Sebhgnya mengambil pendekatan mencela org lain yg tidak sealiran dg pemikiran mereka.

Pendekatan mereka lebih merupakan pendekatan sebagai penghukum, sedangkan muslim tidak semestinya berada dlm kedudukan sebagai penghukum pd semua masa.

Satu lagi pendekatan yg dipakai ialah menuduh sesiapa saja yg dianggap bukan golongan pejuang tudung sebagai melawan Islam. Pendekatan ini tanpa disedari mengasingkan mereka yg sepatutnya tidak wajar sengaja diasingkan dlm perjuangan ini.

Pendekatan begini juga salah.

Jadi, perjuangan menuntut pemerintah tidak meneruskan sekatan bertudung yg ternyata salah dan sukar dipertahankan kemunasabahannya, mesti memakai kaedah dan pendekatan yg bijak.

Selain beberapa hujah yg sudahpun dikemukakan sejauh ini, yg perlu dibangkitkan ialah hujah bahawa membenarkan muslimat memakai tudung, misalnya dalam industri kejururawatan, tidak akan mengurangkan atau menutup peluang pekerjaan mana-mana pihak dlm industri berkenaan.

Juga, perjuangan ini tidak seharusnya memakai alasan itu hak beragama semata. Malah sebaliknya, ia lebih merupakan satu amalan asasi kemanusiaan yg wajar dihormati. Misalnya, jika wanita mendedah aurat dg berseparuh telanjang, yg lebih mengundang musibah, tidak menimbulkan sebarang kegusaran, mengapa dg pilihan utk menutup aurat?

Diharap pandangan ini tidak disalah anggap. Sebagai muslim, sikap dan pendirian saya tetap istikamah kpd prinsip: perintah dan sokong yg baik (amar ma’ruf), banteras atau bantah yg buruk (nahi mungkar).

Dan perjuangan berprinsip ini menjadi tanggungjawab semua.

Semoga kita terus sedar!”

 

Source: Maarof Salleh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *