Tag: hilang

  • Mohd Andrian Ridzuan, 14 Tahun, Dilaporkan Hilang; Last Seen @ Blk 698C Jurong West Central 3

    Mohd Andrian Ridzuan, 14 Tahun, Dilaporkan Hilang; Last Seen @ Blk 698C Jurong West Central 3

    Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu kepada orang ramai untuk membantu mencari Mohd Andrian Ridzuan yang berusia 14 tahun.

    Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (11 Sep), SPF mendedahkan bahawa kali terakhir Mohd Andrian Ridzuan dilihat adalah sekitar 2.00 petang di Blk 698C Jurong West Central 3 pada 4 September 2017.

    Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline polis di talian 1800-255-0000 atau melalui online di www.police.gov.sg/iwitness.

    Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg/

  • Polis Rayu Maklumat Remaja Lelaki Melayu Dilapor Hilang

    Polis Rayu Maklumat Remaja Lelaki Melayu Dilapor Hilang

    Polis merayu orang ramai supaya tampil memberikan maklumat tentang seorang remaja lelaki Melayu yang dilaporkan hilang.

    Dalam catatannya di laman Twitter, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa remaja berusia 15 tahun itu kali terakhir dilihat di Blok 536 Choa Chu Kang St 51 pada 19 Jun 2017, pada 7.25 malam.

    Menurut SPF, remaja itu bertubuh kecil dan mempunyai ketinggian 1.7 meter.

    Remaja itu juga kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan selipar berwarna gelap.

    Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja lelaki ini boleh menghubungi 999.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Remaja 13 Tahun Hilang, Polis Rayu Maklumat

    Remaja 13 Tahun Hilang, Polis Rayu Maklumat

    Polis merayu orang ramai supaya tampil memberikan maklumat tentang seorang remaja yang dilaporkan hilang.

    Rafed Daniel Mohammed Yusri yang berusia 13 tahun (gambar atas), kali terakhir dilihat di kawasan Blk 422 Clementi Avenue 1 pada 28 Mac 2017 pada sekitar 6.30 pagi.

    Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Talian Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

    Semua maklumat akan disimpan secara rahsia.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Nur Shaza Izzati, 17 Tahun, Hilang Buat Kali Kedua

    Nur Shaza Izzati, 17 Tahun, Hilang Buat Kali Kedua

    Dalam tempoh dua bulan, remaja bernama Nur Shaza Izzati Helfiee, 17 tahun, dilaporkan hilang dua kali.

    Polis hari ini (27 Dis) mengeluarkan satu siaran media merayu orang ramai memberikan maklumat tentang Nur Shaza, yang dilaporkan hilang buat kali kedua.

    Sebelum ini, Nur Shaza pernah dilaporkan hilang pada 28 Oktober.

    Dalam kenyataan terbaru dari pihak polis, Nur Shaza kali terakhir dilihat di 193A Jalan Loyang Besar pada 5 November lalu, menurut kenyataan polis.

    Polis ketika dihubungi BERITAMediacorp mengesahkan kedua-dua insiden itu adalah kejadian berasingan.

    Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja itu diminta menghubungi talian hotline polis 1800- 255-0000 atau memberikan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

    Semua maklumat akan dirahsiakan.

    Source: http://berita.mediacorp.sg