Polis Rayu Maklumat Remaja Lelaki Melayu Dilapor Hilang

Polis merayu orang ramai supaya tampil memberikan maklumat tentang seorang remaja lelaki Melayu yang dilaporkan hilang.

Dalam catatannya di laman Twitter, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa remaja berusia 15 tahun itu kali terakhir dilihat di Blok 536 Choa Chu Kang St 51 pada 19 Jun 2017, pada 7.25 malam.

Menurut SPF, remaja itu bertubuh kecil dan mempunyai ketinggian 1.7 meter.

Remaja itu juga kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan selipar berwarna gelap.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja lelaki ini boleh menghubungi 999.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *