Mohd Andrian Ridzuan, 14 Tahun, Dilaporkan Hilang; Last Seen @ Blk 698C Jurong West Central 3

Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu kepada orang ramai untuk membantu mencari Mohd Andrian Ridzuan yang berusia 14 tahun.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (11 Sep), SPF mendedahkan bahawa kali terakhir Mohd Andrian Ridzuan dilihat adalah sekitar 2.00 petang di Blk 698C Jurong West Central 3 pada 4 September 2017.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline polis di talian 1800-255-0000 atau melalui online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *