Tag: Singapura

  • Commentary: Government Funded Madrasah possible only if Asatizahs function beyond the Muslim community

    Commentary: Government Funded Madrasah possible only if Asatizahs function beyond the Muslim community

    I am all for the idea that there be a Madrasah that is funded by our government but I think we fall short of one thing. The GOALS and ASPIRATIONS got to change from the ones we have now which is to produce “Khalifah-Fil-Ard”. No commercial value as compared to saying being the True Leader with Dignity, Honor and Respect. Same thing but it holds different bearing when you put it across differently.

    Those missionary schools produce so called “intellectual” individuals who serve the society as lawyers, doctors, engineers, architects, accountants, army generals, pilots, nurses, etc. So until we can market Madrasah graduates to be like that or else once again it has a different bearing in the eyes of the government. To them – You produce Asatizah for your own Muslim needs. So it makes no sense for them to pay for people who only functions for the Muslim community.

    For example, I have heard of Christian Judges in courtrooms who called upon other Christians within the Ministry (building) to gather and they held prayers during lunch.

    So the thing is, religion is for them but the government will want individuals who are by their level of intellect be able to work and do things for the society at large. If Asatizah? Serve the Chinese or Indian or Eurasians community in what way?

    Until the Madrasah is ready to produce such dynamic all-rounder individuals, I don’t see a Government funded Madrasah being a reality. Why? For a start … Can we compromise on the idea that the Institution of Madrasah is there to produce Asatizah as The Next Corp Gen of Khalifahs? We are too static in our thoughts. Madrasah means must be “Pelapis Ulamak”. Let’s just see near us. Even many parents out there still think and perceive the Madrasah path means … Asatizah path only. That’s it. So those who are not into being over religiously inclined will shun away.

    And then let us look at how these “POPULARLY GOOD” schools get parents involvement by volunteering before enrolment dates. That alone will set the tongue wagging and spread words on how Madrasah had evolved. Do we have that incorporated now? Still with the “ENTRANCE TESTS” which is good but not good enough marketing strategy.

    That branding really got to change. But before a change can be proposed, I want to take a step back and look at what happened to 2015 P6 batches Ustaz … The newspaper article appeared about some students switching to National Schools and we have criticism flying everywhere …. “If the best students are away elsewhere then who is best enough to lead?” Hahahaha.

    All those mindsets got to go and got to change. Really a tall order and a long wayyyyyyyy to go. But do count me in on this mission. I will volunteer in any capacity I can to make this dream a reality. But I mulut laser Ustaz … I will say what needs to be said because I believe to change is not easy and not for the weaklings.

    So with that … May Allah SWT grant Singaporean Muslims the strength to change this in the future. Insha Allah. Ameen.

     

    Credit: Mohammed Nafis

  • 10 Reaksi Orang Singapura Terhadap Yusuf Estes Yang Tidak Dibenarkan Masuk Singapura

    10 Reaksi Orang Singapura Terhadap Yusuf Estes Yang Tidak Dibenarkan Masuk Singapura

    1. MUIS tak bersuara, takut MHA, selalu angguk kepala aje. Tapi takpe… da biasa
    2. Komen pun tak guna. Simple.
    3. Kenyataan nya Melayu Singapura sudah kena belengu dengan doktrin jahiliyah tapi Tak sedar
    4. Satu2 yg diluar di tutup pintu …yg didalam ditaruh grill dan gate …dasar polisi islam the singapore way…..
    5. Jgn salahkn MUIS atau MUFTI, ini diluar kuasa mereka, ni arahan dr kementerian ehwal dlm negeri yg diterajui oleh org2 kafir
    6. Cabaran pendakwah di akhir zaman. Yang benar tidak boleh dicerahkan tapi yang batil dijunjung dan ditatang !!!
    7. Klau gomen ckp jimat air. Sebok khubat jumaat ckp pasal air. Klau gomen ckp pasal nyamok Khubah jumaat pun pasal nyamok. Klau gomen ckp pasal kurang kan gula khubah jumaat pun ckp pasal gula hehehehe tu pasal lah bila time khubah jumaat byk yg tidur lena. Dan yg paling merdu di dgr ia lah…. Pehat masjid tidak bertanggong jwp klau kereta ada di denda..yg ni paling class.. Belum pernah dgr khubah yg menaik kan semangat org2 islam ..sampai khubah kita pun di periksa oleh kafiroon..
    8. Ada Yusuf Estes kesah? Confirm dia tak kisah pon. And he’s better off in the US. Where he has thousands more of followers.
    9. Cuba sekat lagi, ilmu Allah itu luas. Inshallah. Kalau kita nak dengar yang baik2 anytime youtube ada
    10. Dilarang masuk kerana takot kebenaran disebarkan. Yusuf Estes tau tipu hela bekas agama dia.

     

    Rilek1Corner

     

     

  • PCF Tawarkan Kelas Bahasa Melayu Di Lebih Banyak Tadikanya Mulai 2018

    PCF Tawarkan Kelas Bahasa Melayu Di Lebih Banyak Tadikanya Mulai 2018

    Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan Pusat Pendidikan Yayasan Masyarakat PAP (PCF) bakal memperluaskan program bahasa Melayu kepada murid-murid tadika di prasekolah kendaliannya, mulai tahun depan.

    Prof Madya Faishal berkata demikian di seminar PCF bertemakan “Jom Cakap Melayu”, hari ini (24 Nov).

    Beliau, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (MSF) turut menekankan pentingnya kesantunan berbahasa dan budaya dalam pembelajaran bahasa Melayu sejak awal lagi.

    Menurut Dr Weelai Suwanarat, Pengarah Jabatan Perkembangan Profesional Pendidikan (PED PCF), tahun ini enam pusat PCF memulakan kelas tadika khusus bagi mengajar bahasa Melayu kepada murid-murid mereka.

    Seramai 140 guru prasekolah menghadiri seminar hari ini yang dipimpin pakar-pakar bahasa Melayu dari Kementerian Pendidikan (MOE), Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

    Tujuannya, untuk membangun dan meningkatkan kemahiran guru-guru prasekolah dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

    Antara lain mereka berkongsi pelbagai teknik bercerita dan bagaimana untuk menanamkan cinta kepada bahasa Melayu kepada murid-murid yang terdedah kepada penggunaan bahasa Melayu yang terhad.

     

    Source: beritamediacorp.com

     

  • Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Mohamed Jufrie: Takkanlah Presiden Bertudung Tapi Sesetengah Jawatan Lain Tidak Dibenarkan Kerana ‘Problematic’

    Terdapat harapan di sebahagian masyarakat Melayu Islam agar isu-isu yang membelenggu masyarakat kita itu, seperti pemakain tudung, diskriminasi dalam perkhidmatan negara dan banyak lagi, akan terhurai semasa tempuh perkhidmatan seorang Presiden Melayu Islam.
    Jika benar berlaku ia akan memberi makna kepada pindaan perlembagaan yang memberi giliran kepada masyarakat minoriti menyandang jawatan tertinggi negara itu.
    Sangat anih dan menghampakan jika peluang yang diberi ini tidak membuahkan perubahan yang diharapkan dan ianya hanya untuk dipamir-pamirkan kepada dunia tentang kewujudan masyarakat berbilang bangsa di Singapura.
    Takkanlah presiden bertudung tetapi sesetengah jawatan lain tidak dibenarkan pemakain tudung kerana akan menimbulkan masalah (problematic kata mereka)? Dan presiden seorang Melayu Islam tetapi masyarakat Melayu Islam didiskriminasi dalam angkatan bersenjata? Lucukan?
    Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Tariklah nafas panjang-panjang dan urut dada sementara menanti. Bukankah penantian seperti ini, yang berdekad-dekad lamanya, satu penyiksaan batin?

     

    Source: Mohamed Jufrie Bin Mahmood

  • Commentary: Artis-Artis Yang Tidak Bersalaman Di APM, Tidak Bererti Mereka Memegang Sikap Radikal

    Commentary: Artis-Artis Yang Tidak Bersalaman Di APM, Tidak Bererti Mereka Memegang Sikap Radikal

    Maher Zain tidak bersalaman dengan Puan Zakiah Halim semasa menerima Anugerah APM. Tidak bersalaman itu bukan bererti Maher Zain seorang radikal.

    Begitu juga Izzue Islam, artis dari Malaysia, ketika menyampaikan Anugerah APM kepada seorang artis Indonesia. Beliau setakat mendakapkan kedua tapak tangannya sendiri (macam aksi “ampun tuanku”) sebagai tanda hormat apabila artis itu menghulurkan tangannya ke arah Izzue Islam. Dengan bertindak demikian, itu bukan tanda yang Izzue Islam itu seorang radikal.

    Bersalam atau tidaknya di antara seorang lelaki dengan wanita tidak seharusnya dijadikan kayu ukur untuk menilik samada seseorang itu bersikap radikal atau tidak.

    Seharusnya, perkara ini dilihat dari sudut pendirian peribadi seseorang Muslim dan bukan petanda seseorang itu radikal kerana bersikap eksklusif.

    Kalau enggan bersalaman di antara lelaki dengan perempuan dianggap sebagai bersikap eksklusif lagi radikal, apakah boleh Maher Zain dan Iszul Islam dianggap sedemikian?

    Dalam usaha untuk membenteras radikalisme, usah pula kita jadi terlalu ekstrim atau melampau sehingga bersikap parochial lagi tidak berlapang dada terhadap kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat.

    Jangan sampai diri sendiri jadi radikal dalam usaha membenteras radikalisme.

    Kalau ada Muslimah atau Muslimin yang tidak mahu bersalaman dengan lelaki atau perempuan yang bukan Mahram, usahlah mereka itu dilabel sebagai radikal.

     

    Source: Mohd Khair