Exclusive Interview Bersama Saire Bin Adnan, Pekerja Uber Eats Yang Kodong Kakinya

Sepanjang bekerja di Uber Eats, Sani, atau nama penuhnya Saire Bin Adnan, telah banyak menempuhi pengalaman pahit, seperti terjatuh dari scooternya. Beliau yang telah bekerja selama 4 bulan bersama Uber Eats, walaubagaimanapun amat bersyukur sebab para pelanggan banyak memberikan kata-kata sokongan dan tips untuk beliau. Walaupun ada pelanggan yang menyuruhnya untuk menghantar makanan dengan cepat, Sani tidak mengendahkan arahan mereka kerana beliau takut jatuh.

Menceritakan mengapa kakinya harus dipotong, beliau berkata, pada tahun 1999, beliau terlibat dalam satu kemalangan basikal. Dan pada tahun 2013, beliau harus memotong kakinya atas arahan doktor kerana kakinya dah tak boleh berfungsi. Sani, 34 tahun, telah mencuba pelbagai pekerjaan sebelum bekerja di Uber Eats.

Beliau telah bekerja di pusat-pusat panggilan dan telemarketing tetapi diberhentikan kerja kerana majikan beliau risau kalau Sani terjatuh. Sejurus selepas itu, Sani mencari pekerjaan dari surat khabar tetapi mempunyai kesusahan untuk mendapat pekerjaan, tetapi selepas dibantu kawannya, beliau dapat pekerjaan bersama Uber Eats.

Di rumah, Sani tinggal bersama ibunya, 55 tahun, adik perempuannya, 29 tahun dan adik lelakinya, 25 tahun. Mereka mendapat bantuan kewangan bulanan dari Social Service Office (SSO) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

 

For the English version of this article, click here: http://rilek1corner.com/2017/12/01/exclusive-interview-with-saire-bin-adnan-the-one-legged-uber-eats-scooter-rider/

 

Source: Saire Sani Adnan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *