Aplikasi Blogging ‘Dayre’ Dapat Sambutan Dari Artis Malaysia

noradanish

Dayre (sebutannya adalah diary) ialah salah satu applikasi sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Apa yang membezakan Dayre ialah kesemua status, gambar dan kata-kata anda pada hari ini akan dimuatkan dalami  satu hari seperti anda menulis diari. Menariknya, selebriti-selebriti tempatan seperti Nora Danish, Zizan, Farid Kamil dan Tiz Zaqyah sudah pun mempunyai akaun Dayre mereka sendiri.

tizzaqyahdayre

Jumlah pengikut akaun Dayre Nora Danish sudah pun mencecah 5,600. Cepat sungguh. Kalau tak silap, baru semalam Nora Danish buat akaun ini. Akaun Dayre Tiz Zaqyah juga makin banyak pengikutnya. Nampak gayanya selepas ini akan lebih banyak pengguna Dayre untuk mengikuti perkembangan selebriti-selebriti kegemaran mereka.

Untuk memuat turun applikasi ini, anda boleh ke laman web www.dayre.me. Applikasi Dayre boleh digunakan oleh pengguna Android dan iPhone.

Source: BeautifulNara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *