Wanita Berniqab Harus Tunjuk Adab, Akhlak Baik

hijabniqabaurat

Mana2 wanita sama ada niqabi, tudung labuh, tudung pendek, free hair, yg bersilat begini tetap tiada menghalalkan perbuatan berlatih/pertunjukan bersama lelaki walau bersarung tangan. Niat sudah tidak halalkan cara. Wanita patutnya sesama wanita sahaja, dilakukan di tempat tertutup. Lelaki sesama lelaki. Antara mereka bila bersama ada nafsu, ada syaitan mencucuk. Jika halal saja dengan lapik, maka halal la wanita diraba setelah berpakaian, halal la zina apabila kondom diguna, halal la sentuh menyentuh asal ada lapik saja.

Jika mereka adik beradik, maka tidak pula layak aksi ditunjukkan di khalayak ramai kerana wanita perlu ditutup dari sebarang pintu fitnah yang banyak kini. Dengan lenggok badan, dengan menjadi tontonan, ia bukan ciri niqabi apatah lagi muslimah sejati. Dan tertanya juga, adik beradik buat show, pakai sarung tangan? Untuk apa ya? Tak apa la, hal mereka.

Wanita berniqab di sisi islam adalah contoh terbaik bagi menunjukkan cara berpakaian mengikut sunnah dan harus belajar adab dan akhlak isteri2 Nabi. Dan jika berniqab tapi tidak mengenakan sarung kaki dan menampakkan kaki, ia fitnah kepada islam.

-muiz-

 

Source: Kami Sayang Ulama 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *