Ada sesiapa mengetahui mengapa MUIS punya Financial Report tahun 2013 belum lagi dikeluarkan atau belum dapat dilihat? Yg boleh saya dapat di lelaman MUIS ialah Financial Report tahun 2012.
MUIS Net Asset tahun 2012 = $271 juta
MBMF Net Asset pula berjumlah $107 juta. Masjid-masjid selalu juga meminta dana daripada orang awam untuk kerja2 pembaharuan. Ini tidak salah. Yg salahnya adalah menyimpan beratus-ratus juta dan tidak digunakan untuk keperluan penting. Sampai bila dana mahu dikumpul?
Saya harap dana-dana ini semua tidak akan menjadi seperti dana Town Council dimana mereka menyimpan beratus-ratus juta reserve funds tapi menaikkan harga conservancy fees. Reserve funds pula di labur dan ada masa mendapat kerugian beratus juta.
Saya masih menantikan Financial Report tahun 2013. Kalau ada sesiapa yg mengetahui dimana saya boleh mendapat statement tersebut, sila memberitahuinya. Terima Kasih.
Sumber: Osman Sulaiman