KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Exist ditahan polis tengah hari tadi kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.
Penyanyi itu yang berusia 34 tahun ditahan berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 tengah hari setelah pihak polis bertindak maklumat dadah.
Penyanyi yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak dan dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Penyanyi itu menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut.
Selain itu dia turut membintangi beberapa buah filem antaranya “Mami Jarum”, “Mami Jarum Junior”, “Mistik”, “Kuliah Cinta” dan “Tangkai Jering”.
Source: www.astroawani.com