MUIS Dan PERGAS: Nabi Muhammad SAW Harus Dijadikan Kayu Ukur Dalam Reaksi Kepada Insiden Charlie Hebdo

PEMERINTAH tidak akan membenarkan pengedaran penerbitan yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad saw seperti yang dilakukan malajah satira mingguan, Charlie Hebdo, mahupun apa sahaja kandungan sensitif dari segi agama.

Ini ditegaskan Penguasa Pembangunan Media (MDA).

Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab bagi E`hwal Masyarakat Islam, semasa bertemu media Jumaat lalu, akur bahawa umumnya masyarakat Islam setempat berasa tersinggung dengan tindakan majalah Charlie Hebdo, namun mereka memahami perlunya bertindak secara rasional.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Mufti dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) turut suarakan rasa kesal terhadap tindakan mempersenda agama, namun mengingatkan umat Islam agar dalam memberikan reaksi kepada insiden Charlie Hebdo, Rasulullah saw semestinya menjadi kayu ukur kita.

Rasulullah ketika dikasari membalasnya dengan hemah dan berhikmah sehingga beliau dihormati.

 

Source: http://beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *