Dzar Ismail: Syukur Dilahir Seorang Muslim Di Singapura

Kalau di China, orang Islam dilarang berpuasa, sampai ada yg sembunyi sembunyi bershaum. Disini, kita bebas berpuasa, itu pun ada orang tak puasa.

Kalau di Perancis, keselamatan seseorang yg berhijab itu sering terancam. Siap ada undang-undang lagi melarang orang berhijab. Tidak disini. Sapa nak berhijab silakan, siapa tak nak, takder paksaan. Sendiri jawab.

Kalau di England, sembahyang kat stadium, orang amek gambar, upload internet, label ‘disgrace’. Tidak disini, ada yg siap berjemaah satu sudut di stadium, sebelum game bermula. Sholat Hari Raya dalam stadium lagi ada.

Kalau di Jerman, peh susah nak cari makanan halal. Ada bila melancong, siap tarpao biskut dengan Meggi, was was punya pasal. Tidak disini. Senang nak cari makanan halal. Bacon pun halal. Turkey baconlah.

Kalau di Korea Selatan, peh susah nak cari masjid, Korea Utara jgn cakap lah. Disini, hampir satu masjid di setiap estet perumahan. Sampai belia masjid boleh buat acara touring naik basikal dari masjid ke masjid.

Aku tinggal di Singapura. Pemerintah sekular, bukan pemerintah Islam. Tapi kadang kadang sifat mereka lebih Islam dari yg sekian ada di merata dunia.

Penjualan arak diharamkan dibeberapa tempat dan waktu tertentu. Untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

Aktiviti menghisap rokok diharamkan dikebanyakkan tempat. Sampai bawah blok, corridor rumah pun tak boleh.

Aktiviti hubungan sejenis diharamkan menurut undang-undang.

Kita bebas berdakwah, nak buat ceramah, forum perdana, kelas agama, maulid, ibadah korban, silakan, asalkan dgn yg bertauliah dan mengikut garis panduan yg disarankan.

Aku bersyukur dilahirkan seorang Muslim di Singapura. Bebas. Tiada halangan ketara. Hujan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sini.

 

Source: Dzar Ismail

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *