Suami Diana Danielle, Farid Kamil, Kecewa Aksi Separuh Bogel Isterinya

Sekitar bulan lepas, kita dikejutkan dengan foto-foto Diana Danielle dengan aksi panas serta berpakain seksi apabila tampil dalam sebuah majalah terkenal Esquire Malaysia. Menampakkan tubuh yang menggiurkan serta menonjolkan buah dada dengan bra, ramai yang mengkritik Diana dan mempersoalkan tanggungjawab Farid Kamil sebagai seorang suami yang sepatutnya menghalang isterinya untuk melakukan perkara tersebut.

Susulan kontroversi itu, Farid dalam kenyataan terbaru beliau tidak mahu memberikan komen dengan lebih mendalam kerana ia bersifat peribadi dan isu tersebut seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan Diana, Prokuya Studio milik adik Farid iaitu Fadzil Zahari. Namun, pada masa yang sama Farid merasa agak terkilan dengan kontroversi tersebut .

Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.

Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu.

Buat Farid dan Diana isu panas ini terlalu berat untuk mereka hadapi dan tidak menjangka ia akan berpanjangan sehingga begini. Walaubagaimanapun, perkara seperti ini adalah cabaran buat seseorang artis untuk menjadi seorang lagenda.

Perkara ini sangat tidak dijangka dan bagi saya dalam perjalanan seseorang untuk menjadi legenda banyak cabaran dan ujian yang harus dilalui.

Sejujurnya mungkin pihak pengurusan bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara tersebut tetapi jika seseorang artis boleh berfikir bahawa ia boleh menjejaskan reputasi dan mencetuskan kontroversi, mereka boleh menolak tawaran itu. Tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja.

 

Source: http://wowberita.org

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *