Imran Ajmain Beraya Di Amsterdam Demi Ibu Yang Kemurungan

Beraya di Amsterdam iaitu di rumah kakak kandungnya! Itulah keputusan yang dibuat oleh penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain pada sambutan raya kali ini.

Keputusan itu dibuat demi ibunda tercintanya yang sering saja mengalami masalah kemurungan yang agak kronik setelah kehilangan suaminya (bapa Imran Ajmain) yang tercinta kira-kira 2 tahun lalu dan Imrain pula perlu berada di sisi ibunya pada setiap masa.

“Alhamdulilah ibu saya semakin pulih, jadi untuk raya tahun ini saya ambil keputusan untuk sambut raya di Limburg yang merupakan sebuah perkampungan gaya Holland di Amsterdam.

“Saya memilih untuk beraya di sana kerana anak saudara saya tidak dapat bercuti untuk Aidilfitri tahun ini, jadi saya bawa ibu saya ke sana untuk bertemu dengan cucunya.

“Kemungkinan saya berada di Amsterdam dalam seminggu atau 2 minggu, cuma ibu saya sahaja akan berada di sana lama sikit dan dia akan ditemani oleh kakak saya,” kata Imran kepada portal Murai.com.my

Ketika ditanya apakah perbezaan beraya di Amsterdam berbanding Malaysia, lantas Imran menjawab apabila menjelangnya Syawal kesemua masyarakat Melayu akan saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain sambil menjamu selera.

“Beraya di sana jadi seronok disebabkan oleh budaya kunjung mengunjung itu, padahal kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Kami akan menghubungi menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan menerusi medium tersebut kami akan menghantar mesej secara peribadi untuk menanyakan lokasi rumah, masa dan waktu yang bersesuaian untuk bertemu.

“Itulah budaya muafakat yang berjaya menyatukan orang Melayu di Amsterdam tanpa sebarang prejudis dan meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran,” katanya

Imran kini sudah menetap di Malaysia dan akan pulang ke Singapura sekiranya menerima undangan nyanyian mahu persembahan di majlis-majlis korporat.

“Saudara mara saya masih ada, kalau nak bertemu pun mereka akan datang ke Kuala Lumpur. Begitu juga sepanjang Syawal ini nanti,” tambah Imrain mengakhiri bicara.-murai.com

 

Source: http://peraktoday.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *