Salahkah Jual Lampu Bermotif Islam Kepada Mak Nyah?

Dear friends pls do excuse me….

This post is directed to a certain someone yang tidak tau menghormati sesama manusia.

Firstly mohon maaf kalau ada yg terasa atau tersinggung.Alhamdulillah,dah setahun saya mulakan perniagaan ini saya pun tak menduga mendapat sambutan yang baik terhadap lampu ini.Ramai yang bertanya mcm mana saya boleh mendapatkan idea untuk menjual lampu ini.Dengan jujur saya katakan ianya adalah pemberian dari Allah swt.Hanya mereka yang rapat dengan saya tahu cerita sebenarnya disebalik lampu ini dan maknanya dalam kehidupan saya.Ianya bukan setakat satu perniagaan.

Jastiara Nur Islam Lamps

Saya pernah menerima tawaran dari sekumpulan jejaka Melayu untuk memasarkan lampu saya di Malaysia dengan confirmed order seribu unit setiap bulan,which they wanted to make an advanced payment for 2 months,mereka hanya meminta saya menambahkan audio ‘zikir’ yang telah mereka siapkan.Pada luaran CDnya nampak biasa. Bila saya mendengar CD tu permulaannya pun biasa,but bila middle part dah masuk chanting yang lain yang bukan dari agama kita.Cik Puan kalau saya mengejar kekayaan saya takkan even mendengar CD tu saya akan terus menerima tawarannya.Saya tahu tanggungjawap dan amanah saya sebagai seorang umat Islam.

Saya ini manusia biasa yang tidak lari dari melakukan dosa setiap hari,jadi siapalah saya untuk menilai pelanggan yang membeli lampu saya.Kalau awak nak katakan seorang itu tidak boleh membeli lampu ini hanya kerana kelainannya,tidak pernah pulak saya terbaca atau dengar yang mereka ini tidak boleh membeli sesuatu yang ada kaitan dengan agama.Ada ke hadis2 untuk support ulasan awak. Boleh tak awak yang bijaksana jelaskan pada saya.Tolonglah jangan menghina golongan tertentu terlalu sangat they pun manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita.

Saya memang ada pelanggan dari agama lain.Sebelum awak tanya saya mengapa saya menjual pada mereka kenapa awak tak tanya mengapa mereka membeli.Untuk pengetahuan awak saya amat tersentuh hati bila diberitahu lampu2 yg dibeli adalah hadiah untuk teman2 Islam mereka.Cuba tanya pada diri sendiri pernah ke awak membeli sesuatu yang memberi kebaikan pada teman2 awak. Janganlah menilai seseorang tanpa mengetahui niat mereka.

Dalam perniagaan yang singkat ini saya dah banyak menerima rejection oleh pihak2 tertentu just because this is an Islamic product,saya pun dah biasa dgn msg2 yang tak bermakna seperti ini walau macam mana pun ianya tidak akan mematahkan semangat saya.Saya yakin pada ketentuan Allah.HE IS THE BEST PLANNER N INSYAALLAH HE WILL EASE MY PATH.Janganlah soalkan adat dalam perniagaan when u have yet to walk the path that I have walked,u never knew the sweat n tears that I went thru in this biz.

Just a little note for you kalau awak membenci seseorang istighfar dan hadiahkan surah Fateha untuknya.InsyaAllah akan ada kelegaan dihati.

 

Source: Jas Tiara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *