Pemerintah Harus Melarang Madonna Dari Membuat Persembahan Di Singapura

Tuan Yaacob Ibrahim,

Saya baca dengan amat prihatin terhadap berita akhbar Straits Times pada tarikh 29 Nov 2015 mengenai rancangan bagi penyanyi terkemuka, Madonna untuk mengadakan konsert di Singapura Februari depan. Pernampilan Madonna di dalam konsert-konsert sebelumnya agak keterlaluan, dengan pakaian yang menonjol mata, dan aksi-aksi yang tidak sesuai hingga boleh dikatakan amat lucah. Dia pernah dilarang membuat konsert di Singapura pada tahun 90an, mengikut akhbar Straits Times kerana persembahannya bercanggah dengan ajaran Islam. Persembahan Madonna tidak banyak berubah walaupun telah dimakan masa, beliau masih terus manyajikan bahan bahan kontroversial di dalam persembahannya. Madonna juga adalah penyokong kuat LGBT.

Madonna 1

Madonna 2

Dengan penyanyi Adam Lambert, yang sah mengaku dirinya sebagai seorang LGBT, dijemput sebagai tetamu khas di perayaan akhir tahun Singapura, tidakkah kehadiran Madonna akan menambah lagi anasir-anasir yang kurang sihat di kalangan belia-belia Islam di Singapura, yang masih mudah dipengaruhi minda mereka?

Sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, anda bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan masysrakat Islam di Singapura.  Jadi saya amat berharap yang Madonna tidak akan diberi kelulusan untuk mebuat persembahan di sini, seperti mana yang dilakukan oleh pihak kerjaan pada tahun 90an. Masayrakat Singapura amnya, dan masyarakat Islam Singapura khususnya, harus dilindungi dari anasir barat yang kurang sihat, seperti kaum LGBT dan konsert-konsert yang menampilkan aksi lucah.

Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, kita semua perlu memainkan peranan untuk membentuk belia yang bermoral dan kuat pegangan agama, bukan belia yang menyokong anasir anasir buruk.

Wasalam,

Syed

[Reader Contribution]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *