DALAM meniti usia yang semakin senja, apa lagi yang diharapkan selain dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesenangan hidup di samping keluarga dan anak cucu.
Namun, warga tua tidak boleh mengambil ringan dalam mengecapi kehidupan dan kesihatan ketika meniti bulan puasa nanti.
Keprihatinan inilah yang bakal dikongsi oleh pakar geriatrik, Dr Nur Farhan Alami, sempena bulan Ramadan bagi mempersiap warga senja menjalani puasa dengan lancar.
Dr Nur Farhan akan mengupas tajuk Sudah Tua, Masih Boleh Puasa Ke? dalam Bengkel Kesihatan Pra-Ramadan anjuran Berita Harian pada Sabtu, 4 Jun.
Beliau, antara lain, akan menyentuh tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh warga emas semasa berpuasa.
Dr Nur Farhan juga akan membentangkan aspek fisiologi orang tua – perubahan biologi dan psikologi mereka – yang akan berlaku pada setiap tahap kehidupan.
Impak penuaan juga menyebabkan seseorang individu kehilangan atau tidak dapat mempertahan keseimbangan badan.
Segala perubahan ini perlu diketahui dan difahami oleh penjaga warga emas bagi memastikan mereka benar-benar dapat menyesuaikan diri dengan peranan warga emas yang dijaga.
Bahaya jatuh dan hilang upaya juga akan disentuh oleh Dr Nur Farhan.
Justeru, beliau akan menerangkan tentang perlunya warga emas memiliki kemahiran menjaga diri agar mereka berada dalam keadaan fizikal dan psikologi terbaik semasa mengharungi bulan puasa.
Dr Nur Farhan ialah antara tiga anggota panel dalam bengkel ini.
Imam Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muslim Amad, akan turut tampil dan memperkatakan tajuk Hidup Sihat Keluarga Bahagia.
Doktor Keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, pula akan memperkatakan tentang Fit Ramadan Bersama Famili. Makan Dan Senam Sihat Ketika Ramadan.
Secara umum, mereka akan menyentuh tentang menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan yang perlu sentiasa diberi keutamaan.
Apabila badan cergas seseorang dapat meneruskan puasa tanpa masalah kesihatan.
YANG DAFTAR AWAL DIDAHULUKAN
Penganjur: Berita Harian
Tarikh: 4 Jun 2016
Tempat: Berita Harian, News Centre, Singapore Press Holdings, 1000 Toa Payoh North
Daftar Masuk: Bermula 9.30 pagi
Bengkel: 10 pagi hingga 1 petang
Panel:
- Ustaz Muslim Amad, Imam Masjid Al-Muttaqin
Tajuk: Hidup Sihat Keluarga Bahagia - Dr Elly Sabrina Ismail, Doktor Keluarga
Tajuk: Fit Ramadan Bersama Famili.
Makan Dan Senam Sihat Ketika Ramadan - Dr Nur Farhan Mohd Alami, Pakar Geriatrik
Tajuk: Sudah Tua, Masih Boleh Puasa Ke?
Source: www.beritaharian.sg