David Teo: Saya Tidak Berniat Menghina P. Ramlee

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG) David Teo memuat naik pernyataan maaf beliau di laman Facebooknya atas kenyataan berhubung Allahyarham P. Ramlee.

Menurut David Teo, beliau tidak pernah berniat untuk menghina apatah lagi menidakkan karya-karya seniman agung itu.

Di laman Facebooknya, beliau berkata: “Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media. Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.”

“Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini,” menurut beliau.

“Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang.”

https://metrowealthpictures.net/2016/07/11/saya-tidak-pernah-terniat-menghina-seniman-agung-tan-sri-p-ramlee/ Seniman…

Posted by David Teo on Sunday, 10 July 2016


Sebelum ini, media Malaysia melaporkan kenyataan David Teo yang prihatin terhadap industri perfileman, namun disifatkan seolah-olah menghina Allahyarham P. Ramlee.

Pada Khamis lalu (7 Jul), David Teo menerusi laman Malay Mail berkongsi tentang komitmen MiG untuk membimbing para pelakon supaya dapat mengembangkan bakat sehingga mampu menjadi jutawan.

Menurut beliau seperti yang ditukil Astro Awani: “Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit.”

DAVID TEO DIBIDAS ANAK SENI, WARGA SIBER

Kenyataannya itu, mencetuskan pelbagai reaksi daripada anak-anak seni dan warga siber.

Menurut pengarang buku Memedah P. Ramlee, iaitu Daniyal Kadir, kata-kata David Teo amat tidak wajar, lapor laman Astro Awani.

“Perjuangan seniman era filem Melayu melangkaui aspek populariti. Seniman dahulu sepanjang masa menuntut hak-hak bersesuaian termasuk gaji, cuti, kemudahan perubatan dan sebagainya. Ini yang berlaku sekitar tahun 1950 sehingga hujung 1960-an,” menurut Daniyal.

Pengarah dan pelakon Sabrii Yunus pula menyindir David Teo menerusi catatan Facebook yang puitis dan sinis.

Selamat hari raya…Mr David Saya suka nasihat Tuan pada artis.. Utk kesejahteraan hari tua.. Berhemah waktu…

Posted by Sabrii Ibn Yunus on Sunday, 10 July 2016


Warga siber pula, rata-rata menganggap kenyataan David Teo itu sebagai biadap.

SALAH CARA LAHIR KEPRIHATINAN

Kebanyakan mereka membandingkan mutu filem terbitannya dengan puluhan filem P. Ramlee yang malar segar dan masih diminati sehingga kini.


Ada segelintir orang yang berpendapat bahawa Teo sekadar memberi nasihat dan melahirkan keprihatinan terhadap industri seni namun tersilap cara, menurut laman Astro Awani.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *