Anugerah Jauhari Harapan 2016 pula diberikan kepada juara silat dunia, Sheik Farhan Sheik Alau’ddin.
Bagi Sheik Farhan, 18 tahun, anugerah itu menjadi pencetus semangat baginya untuk terus meniti tangga kejayaan.
Bagaikan ‘di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, Sheik Farhan yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia tahun lalu, menyifatkan ayahnya yang merupakan pesilat mapan, Sheik Alau’ddin sebagai sumber inspirasi.
“Saya nampak yang terbaik dalam silat ialah bapa saya dan untuk menjadi terbaik saya harus ikut yang terbaik,” katanya.
Farhan berharap anugerah tersebut dapat dijadikan sandaran terutamanya kepada atlit-atlit muda supaya dapat memartabatkan lagi arena sukan Singapura.
Beliau menambah: “Untuk golongan muda, ia memberitahu bahawa mereka boleh mencapai apa yang mereka mahu tidak kira usia dan saya rasa mereka harus tidak takut untuk mencapai cita-cita.”
Anugerah Jauhari disampaikan buat tahun ke-18 malam tadi (30 Ogos).
Source: http://berita.mediacorp.sg