Bas Terbakar Di Yishun St 11

Sebuah bas terbakar di Yishun Street 11 petang tadi (15 Sep), hingga keseluruhan bahagian belakang kenderaan itu hangus dijilat api.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran itu sekitar 4.35 petang.

Kebakaran itu menjejas kompartmen enjin bas itu, menurut SCDF, yang mengerahkan sebuah kereta bomba, Red Rhino, dan dua motosikal bomba ke tempat kejadian.

Kebakaran itu dipadamkan menggunakan semburan dua jet air, menurut SCDF, dan menambah lima penumpang dipindahkan sebelum ia tiba di tempat kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu, menurut SCDF. Punca kebakaran masih disiasat.

Mediacorp difahamkan bahawa kenderaan terbabit ialah bas privet.

Seorang saksi, Ng Leong Keong mengirimkan video insiden itu. Beliau memberitahu Channel NewsAsia bahawa kebakaran itu bermula sekitar 4.30 petang dan menjilat keseluruhan bahagian belakang bas tidak lama selepas itu.

Beliau menambah terdengar bunyi ‘bang’ beberapa kali dan terhidu bau kuat besi terbakar ketika kebakaran berlaku.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *