Peserta Ms Singapore Indonesian 2016 Kumpul Dana Bagi Mangsa Banjir Di Garut

Pada tanggal 25 September keluarga besar Ms Singapore Indonesian (MSSI) berjaya mengumpul dana bantuan untuk mangsa-mangsa banjir di Garut. Segala usaha dan penat lelah mereka berjalan berjualan makanan, baju, aksesoris, merias dan mengumpul baju-baju dan barangan untuk di dermakan ke GARUT.

mssi-raise-funds-for-garut

Rasa terharu dan bangga sekali kerana anak-didik Ibu Dyah Novita Sari selaku founder for MSSI telah melakukan suatu usaha yang murni yang tiada nilai nya dan hanya Allah swt yang akan memberi kebaikan kepada kalian semua.

Walaupun penat tapi tetap riang gembira dan terpancar rasa kepuasan dan bahagia yang mendalam dari lubuk sanubari dan amat sukar dilafazkan hanya masing-masing yang dapat merasakan nya.

Moga istiqomah dan menjadikan satu semangat dan ikutan untuk yang lain-lain.

 

Source: LiNda Ma’aRof

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *