Polis Rayu Keluarga Allahyarham Abdul Rahman K Mohideen Tampil Tuntut Jenazah

Polis merayu agar saudara-mara terdekat Abdul Rahman bin K Mohideen tampil tuntut jenazah Allahyarham.

Demikian menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan hari ini (13 Nov).

Allahyarham Abdul Rahman, 58 tahun, ialah seorang bekas penghuni Rumah Jagaan St Andrew yang terletak di Buangkok View.

Beliau meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng pada 1 November 2016, menurut kenyataan SPF.

Keluarga terdekat atau sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline polis di 1800 255 0000 atau menyerahkannya secara online diwww.police.gov.sg/iwitness.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *