Maut Dibaham Singa Di Khalayak Ramai Ketika Persembahan Sarkas

Seorang penjinak singa maut dibaham singa dalam serangan yang berlaku semasa satu persembahan sarkas di Iskandariah di khalayak ramai.

Menurut Al Arabiya.net, mangsa, Islam Shaheen, 35 tahun, dikejarkan ke hospital setelah diserang singa seberat 200 kilogram itu, namun meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Saudara lelaki mangsa memberitahu Al Arabiya.net bahawa Allahyarham Islam sudah 10 tahun bertugas sebagai penjinak singa. Namun singa yang menyerangnya itu sebenarnya baru dibawa masuk ke sarkas tersebut dari Afrika Selatan.

Jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa, menjelaskan kepada laman itu bahawa singa tersebut menyerang Allahyarham kerana ia sedang dalam musim mengawan dan berkelakuan tidak menentu ketika itu.

Namun sahabat rapat Allahyarham, Seif Ali pula mendakwa kepada Al Arabiya.net bahawa singa itu lapar ketika serangan berlaku sementara seorang lagi rakan berkata mungkin singa berkenaan terkejut dengan muzik yang dimainkan dengan kuat.

Menurut Al Arabiya.net, singa tersebut sudah dikeluarkan daripada persembahan sarkas itu.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *