Nasir Zaid, Nur Farahdillah Antara 3 Individu Bantu ‘Cekup’ Pencuri Telefon Bimbit

Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mencuri telefon bimbit berjaya ditangkap dengan bantuan tiga individu yang bersemangat masyarakat.

Demikian menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan hari ini (21 Dis).

Ketiga-tiga individu itu – Muhammad Nasir Muhammad Zaid, Nur Farahdillah Abdullah dan Benny Yeo – menyedari tentang insiden yang berlaku di Blok 21 Rosewood Drive sekitar pukul 3.30 petang semalam (20 Dis) lalu mengejar dan berjaya menahan lelaki berkenaan daripada melarikan diri.

Mereka kemudian membawa suspek berusia 53 tahun itu ke balai polis. Telefon bimbit yang dicuri juga dijumpai pada suspek.

Menurut kenyataan polis, suspek akan didakwa di mahkamah esok (22 Dis) atas kesalahan mencuri di bawah Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *