Mufti KL: Tidak Salah Ucapkan ‘Merry Christmas’

Tidak salah untuk orang Islam memberi ucapan Selamat Hari Krismas atau “Merry Christmas” kepada orang Kristian atas dasar memupuk persaudaraan dan muhibah, kata mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mufti Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi contoh mesyuarat ke-78 Ehwal Islam Majlis Jawatankuasa Nasional Muzakarah pada tahun 2007 yang berakhir dengan pemberian ucapan melalui kad, emel atau kiriman SMS kepada golongan bukan Muslim semasa musim perayaan ini, menurut laporan Malay Mail Online.

“Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah harus,” katanya dalam satu kenyataan yang ditukil laman Free Malaysia Today.

USAH ADA NIAT AGUNGKAN AGAMA LAIN

Beliau menggariskan beberapa panduan umum untuk orang Islam seperti mengucapkan “Merry Christmas” sebagai tanda perpaduan dan hubungan kemasyarakatan.

Beliau juga menegaskan ia tidak boleh disertai niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain; dan tidak mengandungi perbuatan yang menyalahi syarat.

Menurut laporan Free Malaysia Today Dr Zulkifli ditukil sebagai berkata menghadiri jemputan makan malam, menziarahi golongan bukan Islam dan bertukar hadiah juga dibenarkan, khususnya kepada mereka yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman pengajian dan sekerja.

“Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah).

“Adapun melibatkan diri dalam upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam,” kata Dr Zulkifli.

MASYARAKAT RATA-RATANYA SENANG DENGAN PERKARA ITU

BAYAN LINNAS SIRI KE-81: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN Alhamdulillah, pujian…

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Sunday, 18 December 2016

 

Dr Zulkifli yang melakukan kenyataan itu melalui akaun Facebook, rata-ratanya mendapat reaksi yang baik daripada masyarakat.

Seorang pengguna dengan nama Abdul Hadi Ruslan berkata: “Subhanallah… sangat jelas dan lengkap…semoga Allah rahmati Dr dan admin (admin Facebook itu)”.

Bagi seorang lagi pengguna dengan nama Ameirul Anwar Mustadza pula berkata: “Terbaik. Ilmuan yang hebat. Moga Allah merahmati Tuan Dr Mufti.

AKTIVIS, TOKOH AGAMA PADA MASA LALU DINASIHATI SESUAIKAN TEKS

Seorang aktivis dengan kumpulan Muslim konservatif Isma menyatakan pada Disember 2014 bahawa ia tidak sesuai golongan Muslim mengucapkan penganut Kristian “Merry Christmas” sambil memberi contoh bahawa tokoh lama dan tradisional yang menganggap perbuatan itu sebagai “haram”, menurut laporan Malay Mail Online.

“Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini.

“Adapun melibatkan diri dalam upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam,” kata Dr Zulkifli.

Mufti Wilayah Persekutuan turut menasihatkan para ulama supaya mentafsirkan teks klasik lama dengan disesuaikan pada kerangka masa kini.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *