Lelaki Kristian Ajar Kanak-Kanak Muslim Belajar, Hafal Al Quran

KAHIRAH, MESIR: Ini satu semangat kemanusiaan yang luar biasa. Selama berdekad-dekad, seorang lelaki Mesir beragama Kristian mengajar kanak-kanak Muslim di kampungnya membaca dan menghafal Al-Quran.

Bahkan, Encik Ayad Shaker Hanna, 80 tahun, mempunyai bilik darjah kecil di rumahnya yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak di kampung Akoris, membaca dan menulis, menurut laman Al Bawaba.

MEREKA YANG TIDAK MAMPU, BOLEH BELAJAR SECARA PERCUMA

Menurut Al Jazeera, beliau hanya mengenakan yuran yang kecil, dan mereka yang tidak mampu membayar yuran, boleh belajar secara bercuma.

 

Encik Ayad dilaporkan orang pertama di Akoris yang belajar membaca. Kini sudah bertahun-tahun lamanya, beliau mengongsi pengetahuannya itu dan mengajar kanak-kanak di kampungnya membaca dan menulis, termasuk membaca dan menghafal Al-Quran.

“Orang Kristian menuruti ajaran Isa, dan orang Islam menuruti ajaran Nabi Muhammad.

“Namun di kejiranan ini, dan tentang memberi dan menerima dan sebarang keperluan.. Itulah kasih sayang yang sudah kami kongsi bersama di kampung ini sejak dulu lagi,” kata Encik Ayad seperti ditukil Al- Bawaba.

Menurut Al Jazeera, Encik Ayad sendiri mempelajari tentang Al-Quran semasa di sekolah rendah, dan bapanya menggalak beliau untuk menghafalnya.

“Orang ramai kata Quran menyatakan yang ini dan itu.. Kitab Injil juga berkata yang ini dan itu,” kata Encik Ayad kepada Al Jazeera.

Bahkan, beliau juga berkata beliau rasa dekat kepada Tuhan ketika membaca Al-Quran, kerana ia mengandungi mesej-mesej kasih sayang dan belas kasihan, lapor Al Bawaba.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *