Muslims Nowadays Easily Swayed By Liberal Thinking Due To Various Reasons

Ramai orang yang saya kenal di masa mudanya merupakan seorang salafi dan Islamis, tetapi di masa tua ia menjadi modenis dan liberal. Ada dua kemungkinan mengapa hal ini berlaku:

Pertama, ia menjadi salafi/Islamis semata-mata kerana pengaruh persekitaran dan sebenarnya tidak yakin dengan apa yang diwacanakan. Kedua, ia faham dan yakin dengan wacana tersebut tetapi tuntutan zaman merubah fikirannya untuk lebih pragmatik dan mementingkan survival diri. Dalam kedua-dua situasi ini ia gagal memiliki kerangka berfikir yang teguh dan mantap yang diinginkan oleh Islam.

Hal ini menunjukkan begitu besar pengaruh dan mudahnya merebak pemikiran liberal kepada masyarakat Muslim. Di sinilah pentingnya kita mempersiapkan diri dengan pandangan alam (worldview) Islam supaya kita dapat memelihara diri kita daripada terpengaruh dengan pandangan alam yang boleh merosakkan Aqidah dan jati diri kita.

 

Source: Khalif Muammar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *