Penyakit Otak Tidak Halang Suri Rumah Bantu Warga Tua

Cik Zainab Saini, 52 tahun, menghidap penyakit pendarahan otak semenjak tahun 2012. Selepas didiagnos pada tahun 2012, Cik Zainab menjalani 3 pembedahan untuk mengekang penyakit tersebut dan sudah pun pulih pada tahun yang sama. Tetapi, beliau terpaksa mengharungi dugaan yang sama sekali lagi apabila penyakit itu datang kembali pada September tahun lepas. Beliau kemudiannya menjalani pembedahan sebanyak 4 kali pada tahun lepas.

Tetapi, walaupun Cik Zainab diduga dengan cabaran-cabaran yang perit untuk dipikul, namun, hakikatnya, Cik Zainab aktif dengan kerja-kerja sukarelawan di Jawatankuasa Penuaan Aktif Tampines Changkat – Wellness @ Tampines Changkat selama 10 tahun. Kerja-kerja sukarelawan yang dilakukan oleh Cik Zainab, termasuk, bertanya khabar, melihat sama ada mereka dalam keadaan sihat atau beramah mesra dengan mereka. Kadang-kadang, kalau ada warga emas di sana hendak ke hospital, saya yang akan tolong hantar mereka.

Cik Zainab, seorang duta di Generasi Perintis di Tampines Changkat, juga akan mengajak warga tua di sana untuk mengunjungi pusat penjagaan warga tua seperti Rangkaian Masyarakat untuk Warga Tua (CNS) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk memastikan bahawa kesihatan dan pengurusan diri warga-warga emas ini terjaga.

 

Source: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *