Pihak Polis Cari Remaja 14 Tahun Yang Dilapor Hilang Pada 5 Jun

Polis merayu orang ramai supaya tampil memberikan maklumat tentang seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa remaja itu, Hnin Eie Moe, 14 tahun, kali terakhir dilihat di Blok 508 Serangoon North Avenue 4 pada 5 Jun 2017, pada sekitar 11.45 pagi.

Menurut SPF, Hnin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna biru gelap dan seluar pendek dengan warna yang sama.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Hnin diminta menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *