Tips Dan Panduan Dari Ustaz Abdul Rahman Mohamed Untuk Mendapatkan Lailatul Qadr

Lailatul Qadr pasti akan berlaku pada 10 malam terakhir bermula esok malam. Rasulullah saw menggalakkan ummat utk memburu Lailatul Qadr dengan beramal pada setiap malam dari 10 malam terakhir.

Lailatul Qadr akan berlangsung dari Maghrib hingga Subuh pada salah satu malam yg ganjil dari 10 malam yg terakhir.

Utk mendapatkan ganjaran Amalan 1000 Bulan Lailatul Qadr sila ikut panduan ini:

1) Selesaikan semua urusan dunia kita pada sebelah siang

2) Melakukan semua solat2 sunnat Qabliyah dan Ba’diyah solat2 fardhu maghrib dan Isyak sepanjang 10 malam terakhir ini dan kita tidak akan miss Lailatul Qadr utk mendapatkan ganjaran amalan orang yg melakukan solat sunnat selama 1000 bulan.

3) Jangan tinggalkan zikir2 selepas solat fardhu, apabila kita amalkan pada 10 malam terakhir niscaya kita akan mendapat ganjaran pahala orang yg berzikir selama 1000 bulan.

4) Lakukan solat sunnat Terawih setiap malam dari 10 malam terakhir tidak kira di rumah atau di masjid tidak kira 8 atau 20 rakaat ataupun 2 raka’at sekalipun, niscaya kita akan dapat ganjaran orang yg melakukan solat malam selama 1000 Bulan!

5) Lakukan solat malam semasa kita bangun sahur walapun sekadar 2 raka’at sekalipun, niscaya kita juga akan mendapatkan ganjaran pahala orang yg melakukan solat malam 1000 bulan.

6) Perbanyak doa meminta kesenangan Dunia dan Kesenangan Akhirat pada 10 malam terakhir antara maghrib dengan subuh, jika doa kita bertepatan dengan Lailatul Qadr akan dikabulkan dan kita akan mendapat ganjaran pahala orang yg berdoa selama 1000 bulan.

7) Baca Al Quran walaupun satu ayat sekalipun antara maghrib dan subuh pada 10 malam terakhir niscaya kita akan mendapat ganjaran pahala orang yg membaca Al Quran selama 1000 bulan.

8) Bersedekah dan menderma antara maghrib dan subuh pada 10 malam terakhir walaupun seringgit atau sedollar sekalipun niscaya kita akn dapat ganjaran pahala orang yg bersedekah selama 1000 bulan

9) Berbuat baik kepada siapa sahaja sepanjang 10 malam terakhir niscaya kita akan mendapat pahala orang yg berbuat baik selama 1000 bulan

10) Perbanyak juga selawat pada 10 malam terakhir antara maghrib dan Subuh niscaya kita akn mendapat pahala orang yg berselawat ke atas Nabi saw selama 1000 bulan dan Insya Allah akan mendapatkan juga Selawat dari Allah swt utknya selama 1000 bulan.

Nak lagi?

11) Bagi kaum lelaki sangat2 digalakkan kita beri’tikaf di masjid paling tidak antara maghrib dan Subuh niscaya kita akan mendapatkan ganjaran yg duduk beramal di masjid selama 1000 bulan.

Nak lagi?

Sudah, buat yg ini dulu

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yg telah ditentukan.

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Selamat Beramal Ibadah

 

Source: Abdul Rahman Mohamad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *