-ISU ANJING LAGI-
Ramai orang di Malaysia sudah faqih tentang hukum anjing, kalau tanya sesiapa tentang kenajisan anjing nanti ramai yang jawab, “Hukum kenajisan anjing khilaf dalam kalangan ulama”. Ada yang lebih ‘advance’ ilmunya akan menjawab, “Mazhab Maliki kata tak najis”. Ada yang terlajak ‘advance’ menjawab, “Mazhab Maliki cakap cuci tujuh kali perkara ta’abbudi bukan sebab anjing tu najis”.
Apa pun syabas saya ucapkan atas perkembangan ilmu dan pengetahuan seperti ini. Apa pun saya seperti mereka memperakui ia adalah khilaf di sisi ulama. Cuma adakah mereka tahu ada satu lagi hukum yang lain tetapi ia amat berkait rapat. Iaitu APAKAH HUKUM PELIHARA ANJING MACAM PELIHARA KUCING di sisi Malikiyyah? Macam omputih cakap ‘as a pet’.
Adakah mereka yang menyokong pendapat mazhab Maliki kerana konon membela orang Islam yang memelihara anjing sedar bahawa hukum kenajisan anjing ialah lain, manakala hukum memelihara anjing adalah perkara yang lain? kedua-duanya ada hukum tersendiri dan berbeza. Apakah mereka juga sedar ada hadith-hadith yang menyebut tentang implikasi buruk akibat memelihara anjing?
Tak perlu jawab di sini, sebab rasanya mereka yang dah ‘advance’ sudah menemui jawapannya.
Sumber: Syed Shahridzan