Damanhuri Abas: Pemimpin-Pemimpin Melayu PAP Diam Sepi Membisu, Membolehkan Pemerintah Terus Menerus Lakukan Diskriminasi

Siakap senohong gelama ikan duri.
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Peribahasa yg penuh hikmah diketepikan bangsa sendiri demi menegakkan benang yg basah.

1. Jangan sekali-sekali menipu kerana ia akan menjadi tabiat buruk yg membinasakan.

2. Pemimpin Melayu PAP dulu sekarang dan selama-lamanya kini kelihatan berani menggunakan kononnya pegangan mereka kepada keadilan dan anti-perkauman dalam menyoalkan rakyat yg ingin menggunakan hak mereka bersuara dan menentang penipuan. Rakyat marah terhadap cara. Agama kita murni dan mendidik niat tidak boleh menghalalkan cara. Kenapa kita rela menggadaikan nilai kita hanya demi kepentingan puak kita. Kerana pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

3. Di mana pula pemimpin-pemimpin ini, apabila pemerintahlah yg sebenarnya bertanggungjawab terhadap semua perkara yg mereka menuduh pihak lain lakukan. Kenapa mereka diam sepi membisu sahaja selama 52 tahun. Padahal pada waktu itu sesiapa yg bersuara menentang perkauman dituduh anasir oleh mereka sendiri yang kononnya akan menjejas keharmonian kaum.

4. Mereka jugalah pemimpin Melayu yg telah membolehkan pemerintah terus menerus lakukan diskriminasi sewenangnya terhadap anak-anak muda melayu kita dalam perkhidmatan negara dengan segala alasan kepentingan dan maslahat lebih besar yang masih terus berlaku. Kenapa kesetian bangsa kita dipersoalkan tidak mereka tentang dan berani membela. Malahan merekalah yg paling di hadapan mencari alasan untuk Tuan mereka walaupun mereka bersikap dan bersifat perkauman.

4. Sungguh Allah Maha Mengetahui, dolak dalik serta percobaan untuk mengelirukan rakyat akan menempelak ke muka mereka sendiri akhirnya.

Budaya bangsa memberi peringatan agar jangan mudah terpedaya dengan kata-kata dan slogan manis. Lihat pada sejarah untuk mengenal musuh kesatuan kaum melalui tindakan dan apa yang mereka telah dan masih lakukan. Memang benar peribahasa melayu, indah kabar dari rupa.

 

 

Source: Damanhuri Bin Abas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *