Usaha Aaron Aziz Dan Ahli Kelab Peminat Aaronators: Projek Derma Kilat Mengumpul Dana Sebanyak RM8260 Untuk Pusat Tahfiz Terbakar

Kebakaran yang meragut 24 nyawa termasuk pelajar dan guru di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah meruntun jiwa beberapa golongan selebriti tanah air tempatan.

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi misalnya menggesa orang ramai supaya menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak terbabit menyebarkan sebarang klip video berhubung kejadian kebakaran. Tak kurang juga, Hos TV popular, Nazrudin Rahman mempersoalkan kenyataan ‘mati syahid’ yang dikeluarkan oleh pengetua Pusat Tahfiz tersebut sehingga mencetuskan kontroversi.

Antara mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Al-fatihah.

 

Turut merasa marah dengan tindakan luar batasan kanak-kanak yang melakukan perkara tersebut, Sharnaaz Ahmad yang menyuarakan pendapatnya di Instagram.

Dalam ramai-ramai selebriti ini, ada selebriti yang memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan di media sosial, namun ternyata dalam diam-diam mereka telah melakukan usaha-usaha murni bagi meringankan beban mangsa.

Terbaru, pelakon popular drama bersiri My Darling! Inspektor Daniel, telah melaksanakan program Projek Derma Kilat Aaronators FC bagi mendapatkan sumbangan khas buat Ustaz dan anak-anak Darul Quran Ittifaqiyah. Difahamkan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM8260 dalam beberapa hari hasil sumbangan dari penderma seluruh Malaysia dan Singapura.

Aaaron berharap usaha Projek Derma Kilat ini dapat meringankan beban kesemua mangsa dan mendoakan mereka sentiasa dilidungi Allah.

We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami

Rata-rata netizen memuji usaha Aaron dan seluruh ahli kelab peminat Aaronators kerana prihatin dengan masalah yang dialami oleh penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini.

 

Source: https://www.hangat.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *