Foto ‘Lucah’: Mira Filzah Serah Kepada Tuhan Untuk Membalas

Pelakon Malaysia, Mira Filzah, menjelaskan bahawa gambar beliau berkelakuan ‘lucah’ yang tersebar online, sebenarnya diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelakon dan pengacara yang terkenal dengan drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ itu turut memuat naik gambar terbabit – iaitu dirinya menikmati sepotong kek coklat semasa majlis hari jadinya bersama peminat.

Gambar itulah yang diubahsuai hingga menunjukkan Mira, 23 tahun, bukan membuka mulut untuk menikmati kek, sebaliknya menjilat jeli merah berbentuk seperti kemaluan lelaki, menurut laporan Astro Gempak.

Foto ‘lucah’ tersebut menjadi viral dan menjadi bualan ramai peminat di lelaman media sosial yang seakan tidak percaya dengan gambar itu, dek imej Mira yang bertudung.

Mira memberikan penjelasan tersebut di laman Instagramnya semalam (14 Apr).

“Assalamualaikum. Rasanya, rata-rata pun dah tahu gambar di atas (iaitu gambar sebenar) yg telah di-edit tersebar. Dan tak perlulah Mira tunjuk atau upload di sini gambar yg telah di-edit.

“Cukuplah Mira tampil di sini, nak bagi tahu, nak tunjuk, ini adalah gambar yang sebenar,” tulis Mira, yang turut terkenal dengan segmen ‘Dunia Lola’ di TV Hijabista.

Mira turut berkata beliau tidak tahu siapa pihak yang bertanggungjawab, namun enggan mengambil tindakan lanjut dan menyerahkannya kepada Tuhan untuk membalas tindakan itu.

“Cuma sekarang ini bagi Mira, perkara-perkara macam ini Allah sahaja yang membalas.

“Mira pun tidak tahu siapakah dalang di sebalik perbuatan ini, tapi Allah tahu. Bukan tugas Mira untuk menghukum,” tulisnya lagi.

 

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *