Hukuman penjara bagi bekas pemimpin kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, Abu Bakar Ba’asyir, dikurangkan tiga bulan oleh pihak berkuasa Indonesia sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara itu.
Abu Bakar Ba’asyir, yang pernah mendalangi insiden pengeboman di Bali pada tahun 2002, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2011 setelah disabit kesalahan menyalurkan dana kepada sebuah kem latihan pengganas di Aceh.
Dia sedang menjalani hukuman di Penjara Gunung Sindur yang terketak di Bogor, Jawa Barat.
Pejabat Hak Kemanusiaan dan Keadilan Jawa Barat menyatakan hukuman penjara Abu Bakar Ba’asyir wajar dikurangkan kerana dia sudahpun menjalani sepertiga hukumannya.
Ini merupakan kali kedua, hukumannya dikurangkan sehingga tiga bulan.
Indonesia mempunyai tradisi mengurangkan hukuman terhadap para banduan pada hari kemerdekaan negara.
Source: Berita MediaCorp