Category: Agama

  • Police Investigates Palestine Flag in HDB

    Photo Gulam Yusuf
    Photo Gulam Yusuf

    Gulam Yusuf Palestine Gaza Gulam Yusuf Palestine Gaza Gulam Yusuf Palestine Gaza

    Sad that police can come over to stop someone who’s trying to raise awareness on mass killings happening in GAZA.
    Trying to stop something that is the responsibility of all mankind to do. But it’s ok for police to grant permits for GAY TO HAVE RALLY ON GAY RIGHTS SOMETHING THAT IS already not permitted in Singapore. An offense under the penal code.
    Ok to have gay protest but wrong to voice out that killing of innocence woman and children is wrong.

     Authored by Gulam Yusuf

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

  • Jalin Persefahaman Antara Kaum Dan Agama Melalui Perasaan Cinta Sesama Insan

    Foto M.O. SALLEH
    Foto M.O. SALLEH

    TIDAK semua orang Islam pengganas. Tidak semua orang Kristian taasub. Tidak semua ahli politik pencuri. Tidak semua pesakit mental ganas.

    Terdapat unsur-unsur dalam masyarakat yang suka mewujudkan ketegangan antara sesama manusia, menggunakan kata-kata dan imej yang sesuai dengan tujuan mereka. Ada juga yang menggunakan kemahiran dan masa untuk menanam benih kebencian dan menggalak prasangka.

    Motif mereka berbuat demikian mungkin berpunca daripada pengalaman negatif masa lalu atau apa yang telah diajarkan kepada mereka sejak zaman kanak-kanak. Mereka tidak berminat mencari kebenaran, sebaliknya semangat mereka dinaikkan oleh perasaan benci dan prasangka.

    Sebagai seorang anggota sebuah pertubuhan di Singapura yang bertujuan membantu dan memperkasa pesakit mental dalam perjalanan mereka ke arah pemulihan, saya sangat biasa dengan stigma besar yang dihadapi orang yang berpenyakit mental.

    Ini satu halangan besar bagi proses pemulihan mereka. Inilah sebabnya kami di Kelab Heal bekerja keras memerangi dan membasmi stigma.

    Di Singapura masa kini, umat Islam mengalami nasib sama. Saya katakan ini kerana setiap seorang daripada kita hanya perlu pergi ke kumpulan perbincangan Yahoo mengenai sebarang topik melibatkan umat Islam seperti ‘isu tudung’, dan kita akan menemui banyak komen yang menghina umat Islam dan agama Islam.

    Mungkin cara lebih baik ialah memikir dan merenungkan cara terbaik memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai Islam dan umat Islam.

    Saya yakin bahawa jika kita terus memperkasa masyarakat dengan pengetahuan tepat mengenai Islam mereka akan berubah dan menerima orang Islam dan juga mula menyayangi kita.

    Nyatakan perkara sebenar

    Allah berfirman dalam Al-Quran: “Tidak ada paksaan dalam agama… ” (Al-Baqarah, ayat 256).

    Inilah sebabnya mengapa sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam apabila berkuasa, melayan rakyat bukan Islam mereka dengan tahap toleransi tinggi, adil dan hormat.

    Hubungan adil antara orang Islam dan penganut agama lain bukan semata-mata kerana pemerintah Islam bermain politik, tetapi sebaliknya ia hasil langsung daripada ajaran agama Islam yang mengajar bahawa penganut agama lain bebas mengamalkan kepercayaan mereka, tetapi pada masa yang sama boleh menerima bimbingan yang ditawarkan Islam secara rela.

    Lihat apa sarjana bukan Islam tulis tentang pemerintah bukan Islam dahulu seperti Will Durant:

    “Pada masa khalifah Umayyah, penduduk yang mengikat perjanjian, Kristian, Majusi, Yahudi dan Sabian, semua menikmati tahap toleransi yang kita tidak dapati sekarang sekalipun di negara-negara Kristian. Mereka bebas mengamalkan ritual agama mereka dan gereja serta kuil mereka dipelihara. Mereka menikmati autonomi dari segi mereka tertakluk kepada undang-undang agama ulama dan hakim mereka.

    “Islam menuntut bukan sahaja mereka diberi kebebasan mengamalkan agama mereka, bahkan dilayan dengan adil sebagaimana manusia lain.”

    Status kemanusiaan kurniaan Tuhan ini membentuk asas bagi prinsip kemuliaan manusia dalam Islam, baik orang itu Islam mahupun bukan Islam.

    Allah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada satu (pasangan) lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” – (Al-Hujurat, ayat 13).

    Rasulullah saw mengisytiharkan dalam khutbah perpisahan beliau kepada perhimpunan terbesar dalam sejarah Arab ketika itu:

    “Wahai manusia, ingatlah sesungguhnya Tuhan kamu satu dan bapa kamu satu, ingatlah tidak ada orang Arab yang lebih utama daripada orang bukan Arab, dan tidak ada orang bukan Arab lebih utama daripada orang Arab, atau orang kulit merah lebih utama daripada orang kulit hitam, atau orang kulit hitam lebih utama daripada orang merah, melainkan dengan sebab ketakwaannya. Sudahkah aku menyampaikan?”

    Kisah mengharukan dari Sydney

    Saya bernasib baik kerana dapat belajar perubatan di Universiti Sydney pada awal 1990-an. Ketika itu saya seorang Penduduk Tetap Australia.

    Di sana saya menjalin persahabatan kukuh dengan rakan-rakan sekuliah dan mereka beradal daripada pelbagai latar belakang – orang Australia kulit putih, anak pendatang Eropah, pelarian Vietnam dan pendatang Asia lain.

    Satu peristiwa berlaku selepas peperiksaan akhir kami pada tahun ketiga. Kami semua memutuskan untuk berkelah dengan membawa makanan masing-masing di Taman Rose di Taman Bunga Diraja Sydney.

    Kawan saya, Ngee Ta, menjemput saya makan pau daging beliau. Beliau memberitahu kami mengenai pengalaman beliau pergi ke penjual daging halal.

    “Radiah, saya pergi ke kedai daging halal dan meminta daging babi halal. Si penjual mentertawakan saya dan memberitahu saya tidak ada daging babi. Jadi saya belikan awak daging lembu sahaja. Awak mesti cuba rasa O.K.?”

    Kami semua ketawa besar mendengar cerita beliau tetapi saya terharu dengan usahanya memastikan saya dapat makan hidangan beliau.

    Rakyat dipengaruhi apa yang mereka baca – dan kebanyakan orang membaca daripada akhbar, majalah dan media sosial di mana berita separuh benar dan laporan berat sebelah dihasilkan dalam kebanyakan laporan itu dan dengan sangat pesat pula.

    Tidak semua orang sanggup atau cuba mengesahkan kebenaran sesuatu yang dibaca. Entah bagaimana, hanya kerana berita itu ditaip kemas dan dibentangkan dengan gambar warna-warni, ramai akan terus mempercayainya. Hasilnya mereka yang membangkitkan kebencian dan prasangka agak berjaya dalam menyebarkan stigma terhadap umat Islam.

    Oleh itu perjuangan menentang kebencian dan prasangka mesti diteruskan sehingga kita mencapai satu suasana di mana pemahaman dan rasa hormat antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan berbeza tercapai. Pepatah Melayu menyebut ‘Tak kenal maka tak cinta’.

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami di Kelab Heal akan menganjurkan acara puasaton serta iftar pada hari ini. Walaupun ia bukan satu acara baru di dunia tiada pertubuhan lain di Singapura yang pernah menganjurkannya.

    Umat Islam menaja makanan bagi saudara bukan Islam mereka yang ‘berpuasa’ hari ini dan menderma hasilnya kepada Kelab Heal.

    Mereka akan berkumpul di Persatuan Arab Singapura untuk ‘berbuka puasa’ bersama dalam perhimpunan rakan-rakan yang bertekad melenyapkan stigma.

    Saya sangat menantikan kedatangan detik ini apabila kita kembali kepada semangat kampung masa lalu apabila orang tidak menunggu orang lain untuk menyapa dahulu, senyuman mudah diberi dan dibalas dan pada setiap musim perayaan jiran bertukar-tukar hadiah baik dalam bentuk makanan mahupun barang lain.

    Apakah langkah pertama?

    Senyum pada satu sama lain.

    Hari ini tidak ramai orang yang akan memulakan senyuman. Namun, jika diberi senyuman mereka akan membalasnya. Sesungguhnya senyuman menguntumkan senyuman.

    Inilah yang saya cuba amalkan setiap hari dan hidup menjadi lebih menyenangkan kerananya. Dan jika senyuman saya tidak dibalas saya tidak akan kehilangan apa-apa kerana senyuman yang saya beri tidak membuat saya rugi apa-apa pun.

    Yang kita perlu hanya cinta!

    Senyumlah pada satu sama lain,

    Dekatilah saudara kita,

    Bantulah satu sama lain,

    Mencapai saudara,

    Membantu satu sama lain,

    Yang kita perlukan hanya cinta!

    – Zain Bhikha, penyanyi/penulis lagu Afrika Selatan.

    • Penulis doktor keluarga di sektor awam dan presiden Kelab Heal yang membantu pemulihan pesakit mental, khususnya pesakit Islam.

    Tulisan dari Dr Radiah Salim

    Sumber: http://beritaharian.sg/premium/wacana/hidayah/teruslah-berjuang-akhiri-prasangka-terhadap-penganut-agama-berbeza

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

  • Wearwhite Official Statement: Ways Muslims Can Show Support to Palestinians

    Singaporeans Palestine gaza

    Let us show compassion and extend our help to our Muslim brothers and sisters who are being brutally oppressed and mistreated – in Gaza specifically and also elsewhere like in Myanmar, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Iraq, Syria, indeed fee kulli makaan (wherever they may be). We can do this in the following ways:

    1) If possible, on a daily basis perform the Taubah and Hajat prayers. Do so wholeheartedly. Let the tears of remorse and repent flow and wet your cheeks.

    2) Find out the reality of what is happening in the affected countries. Do not merely depend on Mainstream Media. Make an effort to get information from other more reliable sources of information – especially from genuine Islamic resources.

    Find out the historical and political background of the places in conflict. Spread the word through FB postings, etc. Talk to your friends and family members.

    3) Boycott products of any company that support tyranny openly and directly in whatever capacity possible.

    4) Recite the Qunut Nazilah regularly. It can be done in all fardh prayers – alone or in congregation. As it constitutes part of one’s salat, it must be done in Arabic. Find out how. It can also be done outside of solat.

    5) Recite the zikr with all your heart and mind; Ya Muntaqim (Oh Ye Avenging One), Ya Qahhar (Oh Ye Imposing One) & Ya Jabbar (Oh Ye Powerful One).

    6) Support and provide financial assistance/donations to aid organisations that practice transparency.

    7) Liberate our hearts and minds, and any other form of attachment (financial or otherwise) to whatever parties directly or indirectly associated with the aggressors.

    9) Let us close rank and build alliance between Muslim groups. Support any group that opposes the oppression by lawful means in Islam. Do not limit or narrow down the struggle. Any and all parties that show even tacit approval to the oppression, hold them accountable!

    10) Avoid debates and arguments in issues of genuine khilaf (difference of opinions among ulama mu’tabar). Advise those who are engaged in the never-ending and unproductive debates to refrain from doing so. We need to come united and channel our energy in combating against bigger threats.

    Authored by Wearwhite

    READ MORE ON WEAR WHITE & PINKDOT SG HERE

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/

  • MFA Deeply Concerned About Escalating Violence in Gaza

    Photo AP
    Photo AP

    SINGAPORE — Singapore’s Ministry of Foreign Affairs (MFA) says it is deeply concerned about escalating violence in Gaza. The comments come as the number of Gazans killed in Israel’s Operation Protective Edge topped 70. Three days ago, Israel launched its biggest operation in Gaza in nearly two years, to stop cross-border rocket fire.

    In response to media queries, an MFA spokesman said today (July 10) that rocket attacks on Israel “must cease immediately”.

    “At the same time, we call on Israel to exercise maximum restraint and do its utmost to prevent the loss of innocent lives. All sides must urgently find ways to de-escalate the situation, work towards a ceasefire and ensure the safety and security of all civilians,” the spokesman said.

    AFP quoted the Israeli army today, saying it hit more than 300 targets overnight. One of the targets was a coffee shop where people had gathered to watch the World Cup semi-final showdown between Argentina and the Netherlands. At least eight people were killed in that attack.

    Source: http://www.todayonline.com/singapore/singapore-deeply-concerned-about-escalating-violence-gaza

    letters to R1C banner

     

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/

  • Kezaliman Israel Merobek Kesyahduan Ramadan Palestin

    Israeli Army Infiltratrate GAza

    Dalam kesyahduan kita menyuburkan ketaqwaan melalui puasa Ramadan kali ini, hati dan perasaan kita tidak dapat mengelak dari merasakan keperitan, kesedihan serta kemarahan. Kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin menghadapi tindakan tidak berperi kemanusiaan rejim Israel pastinya menghiris setiap jiwa insan. Bayangan tubuh-tubuh yang terbujur kaku akibat bedilan peluru memenuhi ruang doa dan permohonan kita mengharapkan pembelaan Allah untuk mereka. Bukan hanya wanita-wanita itu merintih menangisi kematian suami, malah golongan wanita yang lemah tidak berdaya juga tidak terselamat dari tusukan penganiayaan yang tidak mengenal erti keadilan mahupun kasihan. Betapa anak-anak kecil yang tidak memahami erti sengketa, yang belum puas menghirup siraman kasih orang tuanya, juga longlai layu dalam badai maut yang kejam menimpa.

    Abed Enen palestine

    Abed Enen
    Di sana mereka berpuasa dengan api kezaliman merobek kesyahduan Ramadan mereka. Maka dalam kita menelusuri saat-saat indah Ramadan kita bersama keluarga di sini, basahkanlah juga lidah kita dengan doa untuk mereka. Rasailah keperitan mereka. Insafilah kesengsaraan mereka. Akuilah kelemahan kita. Yakinilah keagungan Allah Yang Maha Berkuasa.

    Israel palestine gaza
    Dalam masa yang sama, kukuhkanlah iman dan pengabdian kita kepada Allah, agar doa yang kita hulurkan untuk saudara-saudara kita di sana dikabulkan Allah. Pertingkatkan ketaqwaan kita. Bersihkan sisa-sisa kotoran dosa yang masih ada dengan istighfar dan taubat kepadaNya. Bersihkan hati dengan curahan rahmah dan redhaNya. Padamkanlah persengketaan sesama kita. Rapatkan hati-hati kita dan satukan saf kita. Maafkan kesalahan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Kini bukan masanya untuk kita berjauh hati sesama saudara lantaran perbezaan pandangan yang ada. Mereka di sana memerlukan doa kita semua. Jangan sampai doa kita ditolak Allah kerana luput sudah kasih sayang di antara hati-hati kita.


    InshaAllah esok, saat rumah-rumah Allah kita penuhi dengan kehadiran jasmani dan ruhani kita untuk Solat Jumaat, doa akan kita panjatkan bersama memohon pembelaan Yang Maha Perkasa buat saudara-saudara kita.

    Sumber: Mufti Fatris Bakaram

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/