Blog

  • Dalam Kenangan – KOMPOSER KASSIM MASDOR

    Al-Fatehah.

    Komposer veteran Kassim Masdor meninggal dunia semalam akibat radang paru-paru.

    Bermula dari tahun 1950-an, Kassim telah menghasilkan lebih daripada 400 lagu-lagu, banyak yang telah menjadi hits malar segar dinyanyikan oleh ramai penyanyi Melayu klasik seperti Saloma, Ahmad Jais, Ahmad Daud, Kartina Dahari dan Sharifah Aini. Kira-kira 200 daripada karyanya adalah kerjasama dengan pemenang Medallion Kebudayaan Yusnor Ef.

    Allahyarham, 77 tahun dimasukkan ke Hospital Besar Singapura, Jumaat lalu kerana semput dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar 9.30 malam semalam.

  • DARI PARLIMEN: JAWAPAN DPM TEO TENTANG HIJAB

    Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata, membenarkan variasi dalam uniform seperti hijab atau tudung, dalam khidmat-khidmat beruniform tertentu, akan mengurangkan identiti umum perkhidmatan berkenaan.

    Dalam jawapan bertulis beliau di Parlimen hari ini, DPM Teo berkata dengan tidak membolehkan variasi sedemikian, amalan sekular Pemerintah boleh ditegakkan.

    Ini juga kata beliau akan meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menerima khidmat-khidmat utama dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum atau agama.

    DPM Teo berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan AP pembangkang, Pritam Singh, yang mahu tahu sama ada Pemerintah akan menimbangkan kemungkinan membolehkan pemakaian hijab dalam perkhidmatan beruniform.

    Pemerintah kata Encik Teo perlu mengimbangi keperluan kumpulan-kumpulan berbeza dalam masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama.

    Encik Teo yang juga menjadi Menteri Ehwal Dalam Negeri menambah, rakyat Singapura memahami perlunya mengimbangi apa yang diinginkan kumpulan mereka, dengan keperluan memenuhi kumpulan lain.

    Serta memahami perlunya mengekalkan ruang bersama yang memberi manfaat kepada semua, terutama kumpulan-kumpulan minoriti.

  • Kes aniaya budak: Bekas guru didakwa

    Bekas guru pusat jagaan kanak-kanak ‘My First Skool’ yang dikatakan menyebabkan kaki seorang budak berusia dua tahun retak telah didakwa di mahkamah kerana menganiaya kanak-kanak itu semalam.

    Perbuatan Siti Hadijah Mohamed Sin, 51 tahun, bekas guru sambilan di cawangan pusat penjagaan kanak-kanak My First Skool di Blok 192 Lorong 4 Toa Payoh itu telah ‘ditangkap’ menerusi video rakaman CCTV pusat jagaan tersebut. Menyusuli kejadian tersebut, Siti Hadijah telah dipecat oleh pusat jagaan tersebut.

    Dia dikatakan telah menggenggam lengan dan mengangkat serta menghempas budak itu sebanyak dua kali ke atas lantai.

    Perbuatan Siti Hadijah itu telah menyebabkan budak tersebut mengalami keretakan pada tulang kering di kaki kirinya.

    Kes tersebut akan didengar lagi di mahkamah pada 18 Februari nanti.

    Jika sabit kesalahan, Siti Hadijah boleh didenda sehingga $4000 dan dihukum penjara sehingga empat tahun.

    Tontoni video CNA: http://bit.ly/KDmjbw

    Source: http://bit.ly/1bhl9ZC

  • Dalam Kenangan – Mohd Isa bin Abdul Aziz

    Al-Fatehah.

    Salah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat daripada Parti Demokratik Singapura (SDP), Allahyarham Mohd Isa bin Abdul Aziz, telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kelmarin.

    Allahyarham telah menyertai SDP pada akhir 1980-an. Allahyarham telah dicalonkan SDP dalam pilihan raya 2011 untuk bertanding di Sembawang GRC. Walaupun dia sakit, dia masih menyertai aktiviti-aktiviti SDP seperti tinjauan mesra dan lawatan rumah.

    Allahyarham pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1980-an.

    Allahyarham meninggalkan isterinya, Puan Norjan dan tiga orang anak – Naajia, Daanaa dan Asif.

    Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Isa. R1C ingin mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Mohd Isa bin Abdul Aziz kerana sumbangan dan usaha besar beliau selama tiga dekad dalam memperjuangkan yang terbaik untuk masyarakat Melayu Islam Singapura.

  • Tanda Tanda Gangguan Makhluk Halus!!!

    Pada diri sendiri:

    Sering sakit pada bahagian punggung, bahu dan tengkok.
    Rasa sebal dan panas pada anggota badan.
    Sering pening atau mabuk yang tidak disebabkan oleh penyakit.
    Perubahan sikat pada diri mangsa.
    Sering merasa seperti ada sesuatu bergerak didalam tubuh.
    Suka bersendirian didalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.
    Badan, tengkok terasa banang dan gelisah ketika mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
    Banyaknya terjadi pertikaian di dalam rumah.
    Warna wajah yang muram serta kekuning-kuningan.
    Mendengar suara bisikan di telinga.
    Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit da nisi yang tidak dapat dikesan oleh doctor pakar melalui kaedah saintifik.
    Mula rasa seram sejuk seperti demam, sendawa, sakit kepala selepas waktu asar.
    Sakit ketika ziarah orang meninggal.
    Bayi kerap menangis.
    Melihat jin secara terus.
    Terasa diri selalu diperhatikan.
    Gagal melakukan hubungan kelamin.
    Kerap sendawa, terasa mengantuk bila mendegar Al-Quran.
    Sayang melampau-lamput pada orang yang baru dikenali.
    Suka melakukan tabiat buruk.
    Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
    Sering keguguran atau mandul.
    Sering bersanka buruk terhadap semua manusia.

    Gangguan Ketika Tidur (Mimpi)

    Mimpi dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
    Mimpi diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
    Mimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan.
    Mimpi di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
    Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
    Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
    Mimpi terasa seolan-olah berada di awing-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
    Selalu ditindih ketika tidur.
    Sering mimpi di datangi pasangan yang tidak dikenali.
    Mimpi melakukan hubungan degan pasangan yang tidak dikenali.
    Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
    Tanda Gangguan Dirumah, Pejabat Dan Kedai

    Kedengaran bunyi goli jatuh di lantai.
    Kedengaran seperti ada orang tarik perabot di waktu malam.
    Masakan cepat rosak atau basi.
    Tempat berbau busuk seperti najis atau kemenyan.
    Keadaan keluarga porak peranda.
    Sering perselisihan faham anatar suami / isteri.
    Perniagaan merosot secara mendadak.
    Sering kehilangan wang.
    Rumah yang susah untuk dijual semula.
    Suasana murum dan malap
    Sering terjumpa duit syiling 1 sen atau 5 sen di ruang/sudut kedai atau pejabat
    Bayi sering menangis.

    Seklranya ada tanda tanda diatas (3 atau melebihi)… Dapatkan bantuan dari para perawat anda.

    Sumber: http://on.fb.me/1d5kaLU

deneme bonusu