Blog

  • Angka Korban Gempa Aceh Kini Melepasi 100 Orang; 14 Masjid Turut Mengalami Kerosakan

    Angka Korban Gempa Aceh Kini Melepasi 100 Orang; 14 Masjid Turut Mengalami Kerosakan

    Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda Aceh di Sumatera, Indonesia meningkat kepada 102 orang, kata pihak berkuasa hari ini (8 Dis).

    Gempa sekuat 6.5 magnitud melanda wilayah itu pagi semalam, menyebabkan banyak bangunan dan rumah di daerah Pidie Jaya roboh. 85 daripada 102 mangsa sudah dikenal pasti, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dalam satu sidang media.

    Ia turut mendedahkan bahawa 14 masjid mengalami kerosakan akibat bencana alam itu.

    Agensi tersebut menambah ia belum meminta bantuan antarabangsa untuk membantu usaha menyelamat kerana keadaan itu masih boleh ditangani di peringkat nasional – sambil menambah bahawa terdapat keperluan yang mendesak bagi bekalan makanan, pakaian kanak-kanak dan ubat-ubatan.

    BASARNAS menyatakan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sepanjang “tempoh penting” ini, iaitu selama tujuh hari – tempoh genting untuk menarik keluar orang yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

    Lebih 1,000 askar dan sekitar 900 pegawai polis dikerahkan ke kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas untuk membangunkan tempat perlindungan sementara, kata seorang pegawai tempatan.

    “Bekalan elektrik masih terputus. Beberapa tempat sudah dipasang dengan mesin penjana kuasa, tetapi banyak lagi tempat yang memerlukannya,” kata ketua agensi bencana tempatan Puteh Manaf kepada AFP.

    “Jika hujan, kami khuatir penyakit akan menular.”

    Source: Berita MediaCorp

  • Two World Silat Golds For Singapore

    Two World Silat Golds For Singapore

    Singapore won two gold medals on the final day of the World Pencak Silat Championships in Bali, today (Thursday).

    Sheik Farhan outclassed Vietnam’s Mach Quoc Hung 5-0 in the men’s Class J (90-95kg) final, while Shakir Juanda recovered from an early setback to win the Class I (85-90kg) final.

    Both Singaporeans are now two-time world champions of their respective weight classes. Farhan, who turns 20 next Friday, had triumphed in Phuket almost two years ago, while 28-year-old Shakir won the gold medal in Chiang Rai in 2012.

    This is the first time since 2004 – when the world championship was hosted in Singapore – that the Republic’s silat exponents have delivered more than one gold medal at the global meet, which features 41 countries.

    A jubliant Singapore Silat Federation chief executive officer Sheik Alau’ddin told The New Paper over the phone: “Farhan had no problems with his match. Shakir lost the first and second rounds – he got tossed to the mat when he attempted his first kick – but had a revival in the third round and scored enough to win the match overall.

    “Overall I’m very happy because of the performance of athletes and the team behind them… Everyone has been excellent.”

    With their wins, Shakir and Farhan — who is Sheik’s son — have matched the the silat great for world titles which he won in 1990 and 1994.

    Thoughts will now turn to seeing if they can match or even surpass Sheik’s four SEA Games golds (won in 1991, 1993, 1995 and 1999).

     

    Source: The New Paper

  • Internet Notices Something Odd About Donald Trump’s Time Cover

    Internet Notices Something Odd About Donald Trump’s Time Cover

    The Internet has noticed something odd about the placement of US President-elect Donald Trump’s head on the cover of Time magazine.

    Time on Wednesday (Dec 7) named Donald Trump its Person Of The Year for 2016 for his stunning upset election victory.

    The President-elect called NBC’s Today show, welcoming the accolade as a “very, very great honour” and denying he was responsible for divisions within the country since his win.

    But as the news sunk in, people started noticing something strange about the Time cover.

    “Horns. They gave him horns,” tweeted actress  Alyssa Milano.

    She wasn’t the only one who noticed.

    Time dismissed the horn assessment and pointed to 35 other covers on which the “M” was partially blocked by someone’s head.

    “Any resemblance to cats, bats or devil horns is entirely coincidental,” Time said in a short post about the issue.

    Former US presidents Bill Clinton and Abraham Lincoln, Pope Francis, Darth Vader from the movie Star Wars, and even Jesus Christ have been depicted on the Time cover with apparent “horns”.

    Time last year (2015) assured its readers that any extra features sported by its cover stars were not a statement of any sort, but rather a result of “the shape of the letter ‘m’ in the magazine’s name and its location on the cover.

     

    Source: The Straits Times

  • Dulu Pelarian, Kini Kapten Safia Ferozi Juruterbang Wanita Kedua Di Afghanistan

    Dulu Pelarian, Kini Kapten Safia Ferozi Juruterbang Wanita Kedua Di Afghanistan

    Meskipun membesar sebagai seorang pelarian, kini Kapten Safia Ferozi adalah juruterbang wanita yang kedua di Afghanistan.

    Beliau juga bertanggungjawab memandu pesawat pengangkutan tentera udara. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan bahawa lebih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai wanita menyertai angkatan tentera negara itu.

    Cik Ferozi yang berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang yang turut bekerja dalam unit sokongan bagi angkatan tentera darat. Pasangan itu adalah sebahagian daripada angkatan tentera udara Afghanistan yang sedang membanteras kumpulan Taliban.

    “Apabila saya memakai pakaian seragam tentera, saya berasa amat bangga sebagai seorang wanita,” kata Cik Ferozi sedang beliau bersiap sedia untuk melakukan penerbangan dari pangkalan udara Kabul. Beliau mengemudi pesawat turboprop, C-208 yang digunakan sebagai pesawat pengangkutan.

    Hampir 16 tahun selepas tumbangnya rejim militan Taliban, kaum wanita di Afghanistan kini mengorak langkah untuk meningkatkan kehadiran mereka dalam masyarakat termasuk di parlimen, pemerintah dan tentera. Namun, secara purata kaum wanita di negara itu masih berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam masyarakat yang rata-rata masih bersikap konservatif dan memegang kepercayaan bahawa kaum wanita harus duduk di rumah dan keganasan terhadap wanita merupakan satu masalah yang membelenggu negara itu.

    Setelah hampir 30 tahun, Afghanistan mempunyai juruterbang wanita yang pertama di negara itu pada tahun 2013 iaitu Kapten Niloofar Rahmani.

    Cik Ferozi berharap dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita yang lain.

    “Sebagai seorang wanita, anda perlu menghadapi pelbagai cabaran, dan anda harus mengharungi semua cabaran itu,” kata beliau.

    Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Radmanish, terdapat sekitar 1,800 wanita yang kini berkhidmat dalam angkatan tentera negara itu. Tentera Afghanistan yang menerima sokongan Amerika Syarikat dan NATO ingin menambah jumlah itu kepada 10 peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

    Source: Berita MediaCorp

  • Remaja Singapura Menyamar Sebagai Cucu Sultan Johor, Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

    Remaja Singapura Menyamar Sebagai Cucu Sultan Johor, Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

    Seorang remaja lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (7 Dis) atas tuduhan menyamar sebagai cucu Sultan Johor di sebuah kedai di Plaza Angsana, Ogos lalu.

    Remaja berusia 15 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai menjual pakaian di Plaza Angsana, Tampoi, pada 4.30 petang, 6 Ogos lalu.

    Prosiding di hadapan Majistret Salina Omar itu dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

    Menurut Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali yang ditemui selepas prosiding itu, tertuduh berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret.

    Katanya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 (S$1,300) dengan dua penjamin warga tempatan dan menetapkan sebutan kes itu pada 5 Januari 2017.

    Sementara itu, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan merupakan pelajar di sebuah sekolah di Singapura.

    Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Source: Berita MediaCorp

deneme bonusu