Tag: Madrasah Wak Tanjong

  • Madrasah Wak Tanjong Student Becomes 2-Time Valedictorian

    Madrasah Wak Tanjong Student Becomes 2-Time Valedictorian

    Valedictorian Nisha Mohd Rafiq, who will graduate with a PhD in Biological Sciences from NUS and King’s College London on 9 July, has been interested in science since she was young.

    At fourteen years of age, the avid reader established a Science Club in her secondary school — Madrasah Wak Tanjong — so that she could gather like-minded individuals for discussions about science. Generous with her time and knowledge, Nisha conducted extra lessons and practical sessions in the laboratory for her peers in Secondary Four. Upon completion of her O Levels, Nisha studied biomedical science at Temasek Polytechnic and as part of her course, served as an intern with a research institute. The experience inculcated in her a deep passion for scientific research, so much so that as an undergraduate, the NUS Life Sciences major would seek every opportunity to work in the laboratories during school vacations.

    Nisha is the inaugural PhD student for the four-year PhD programme jointly offered by NUS and King’s College London under the NUS Research Scholarship. As part of her graduate degree, Nisha conducted research on the mechanical signalling in podosomes. Podosomes, which are found in cells such as immune cells, break through barriers, allowing cells to move to a new location. The study of podosomes appealed to Nisha as cancer cells also had structures similar to podosomes, and she hoped that the study of the latter would provide some insight into the migration of cancer cells.

    Speaking of what drives her, Nisha said, “In science research, more than 90 per cent of your experiments are likely to fail, but there is always this excitement and promise about uncovering something new or totally unexpected. And this really motivates me to pursue science.”

    nisha_rafiq-2.jpg

    For her PhD degree, Nisha carried out research on mechanical signalling in podosomes

    In June 2016, Nisha served as the co-chair of the Gordon Research Seminar meeting on “Signalling by Adhesion Receptors”. These two-day meetings, which take place before the Gordon Research Conference, provide post-doctoral fellows and students with the opportunity to meet with established professors in their respective fields. The week-long Conferences are intensive affairs, with sessions starting at 7.30am and ending around 11.00pm daily. Earlier this year, Nisha gave two talks on fibronectin, integrins and related molecules at a Gordon Research Conference held in California, US.

    During her PhD candidature, Nisha also co-authored four research papers in peer-reviewed international journals, including Nature Communications and The Journal of Cell Biology. In spite of her busy schedule, Nisha makes time for the Women in Science Initiative at Mechanobiology Institute, Singapore (MBI) where she is currently a Research Associate. The Initiative seeks to encourage more girls to pursue science through interactive platforms such as talks and visits.

    The two-time valedictorian — the first time being upon completion of her undergraduate degree — had this to share with aspiring researchers, “They should know that they will keep failing.” Nisha opines that success is achieved when a researcher, with minimal supervision, is able to shed light in a particular field.

    Upon graduation, Nisha will continue working at MBI till the end of the year, after which she will seek a post-doctoral fellowship position in either Europe or the US. Her heart remains rooted to Singapore though, and she sees herself returning in the future to work on issues that the country faces, such as an ageing population.

     

    Source: NUS

  • Madrasah Wak Tanjong Jelas, Muhammad Al-Amin Tidak Kumpul Dana Untuk MWTI

    Madrasah Wak Tanjong Jelas, Muhammad Al-Amin Tidak Kumpul Dana Untuk MWTI

    Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) menjelaskan pihaknya tidak melantik mana-mana wakil rasmi untuk memungut dana secara terbuka bagi mendapatkan dana bagi isu pajakan tanah madrasah itu.

    MWTI menjelaskan, seorang individu bernama Muhammad Al-Amin Muhammad Nizam sebelum ini menawarkan khidmat mencari dana untuk MWTI.

    Namun, dua hari lalu, Muhammad Al-Amin yang menggunakan nama Amin Nizam dalam akaun Facebooknya, menarik diri daripada terus menjalankan usaha tersebut.

    MWTI menjelaskan kenyataan Muhammad Al-Amin itu boleh menimbulkan kekeliruan dan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan penyebarannya.

    Penjelasan dari MWTI itu dimuatnaik ke laman Facebook madrasah tersebut.

    MWTI TIDAK KELUAR SURAT KUMPUL DANA BAGI TANAH PAJAKAN

    Mudir Madrasah MWTI Ustaz Mohd Abdul Halim Mohd Noor menjelaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang surat untuk tujuan mendapatkan dana bagi isu pajakan tanah MWTI.

    Ustaz Mohd Abdul Halim Mohd Noor menekankan pihaknya masih lagi dalam tahap perundingan dengan MUIS tentang pajakan tanah MWTI.

    Tempoh pajakan itu berakhir pada Jun 2018 dan sejauh ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan muktamad tentang perkara tersebut.

    Kos memperbaharui tempoh pajakan premisnya di Sims Avenue dianggarkan boleh mencecah $12 juta.

    MUIS telah menghulurkan bantuan kepada Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bagi memperbaharui tempoh pajakannya itu.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Mohd Khair: Madrasah Wak Tanjong Perlukan Dana $12 Juta, Pertimbangan Diperlukan

    Mohd Khair: Madrasah Wak Tanjong Perlukan Dana $12 Juta, Pertimbangan Diperlukan

    Madrasah Wak Tanjong memerlukan SGD12juta

    Amat menyentuh hati sekali apabila ramai yang mahu membantu pihak Madrasah Wak Tanjong mengumpul dana SGD12juta itu.

    Namun, walau apapun cara untuk mengumpul dana, beberapa perkara asas mungkin perlu diberikan pertimbangan:

    1. Persaingan (Competition): Terdapat beberapa projek lain dalam masyarakat yang juga memerlukan dana dalam pelbagai saiz. Ada yang memerlukan lebih dari SGD12juta bagi satu projek.

    2. Andaian (Assumption): Periksa pemahaman kita terhadap pasaran. Nilai semula andaian-andaian yang boleh jadi blindspot sehingga usaha mengumpul dana mengalami lebih friction dan kurang traction.

    3. Perkara Hati (Matters of the Heart): Kerja-kerja mengumpul dana memerlukan lebih usaha untuk menyentuh hati dan bukan setakat menarik perhatian akal. Pendekatan lebih bersifat affective diperlukan, dan bukan setakat cognitive.

    4. Kenapa ini dan bukan itu? (Why this and not that?): Mahu tidak mahu, sesiapapun yang kumpul dana, perlu tangani persoalan ini – “kenapa mesti saya derma di sini dan bukan di sana?” Apakah “compelling story” yang boleh disajikan kepada pasaran penderma?

    5. Kreativiti & Tenaga (Creativity & Sustainability): Apakah LAGI yang perlu dilakukan untuk terus kekal relevan di sepanjang tempoh pengumpulan dana agar pasaran penderma tidak berasa jemu? Perlu kreatif untuk sentiasa segar dan dapat terus bertahan dalam pasaran.

    (kalau projek ini ada kabel kuat, pendekatannya berlainan sedikit)

     

    Source: Mohd Khair

  • Madrasah Wak Tanjong Perlu Kumpul S$12 Juta Jika Mahu Perbaharui Tempoh Pajakan

    Madrasah Wak Tanjong Perlu Kumpul S$12 Juta Jika Mahu Perbaharui Tempoh Pajakan

    Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dikatakan perlu mengumpul lebih S$12 juta dalam kurang dua tahun jika ia mahu memperbaharui tempoh pajakan premisnya di Sims Avenue.

    Anggaran jumlah itu dianggarkan berdasarkan pemerhati pasaran hartanah.

    Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan semalam (5 Sep) menawarkan pakej bantuan menyeluruh kepada Madrasah Wak Tanjong bagi membiayai pajakan jangka panjang itu.

    Seluas 43,000 kaki persegi, Madrasah Wak Tanjong yang terletak di Sims Avenue dekat Geylang Serai berada di tengah-tengah hartanah komersil dan kediaman.

    KOS PAJAKAN JANGKA PANJANG BOLEH CECAH HINGGA S$18 JUTA

    Berdasarkan itu, pemerhati pasaran hartanah, Commercial Guru dan SRX Property, menganggarkan kos pajakan jangka panjang bagi Madrasah Wak Tanjong boleh mencecah lebih S$12 juta hingga S$18 juta.

    Pengamat hartanah, Sazali Sarwan, berkata: “Ia dibina atas tanah institut pendidikan, jadi selalunya kosnya tidak dapat disamakan dengan kos biaya untuk komersil di mana komersil dianggarkan S$4 hingga S$4.50 bagi setiap kaki persegi.”

    Dengan tempoh pajakan Madrasah Wak Tanjong berakhir pada Jun 2018, ia perlu mempertimbangkan sama ada ia mampu mengumpul dana sebanyak itu dalam tempoh kurang dua tahun.

    Encik Sazali berkata: “Dari pandangan komersil, kalau mereka tidak dapat mengumpul dana sebanyak itu, mereka harus membuat keputusan untuk beralih tempat, pindah, ataupun tidak dapat diteruskan.

    “Selalunya bagi pihak URA (Penguasa Pembangunan Semula Bandar), mereka akan memberikan peluang kepada penyewa sedia ada atau institut yang ada ini untuk memberikan tender tertutup. Andai kata ia tidak memenuhi syarat-syarat yang ditentukan, selalunya pihak URA akan memberikan peluang kepada yang lain secara tender terbuka dan tertutup.”

    Untuk meringankan beban Madrasah Wak Tanjong dalam usahanya mengumpul dana, MUIS sudah bertemu dengan pihak pengurusan Wak Tanjong minggu lalu bagi menawarkan pakej bantuan menyeluruh.

    MUIS TAWARKAN BIAYAI KOS PAJAKAN

    Dengan ini, MUIS akan membiayai kos pajakan jangka panjang serta mengukuhkan lagi madrasah tersebut, sekaligus membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha meneruskan warisannya dan melahirkan barisan ulama yang dapat menyumbang kepada kebaikan masyarakat Islam/Singapura.

    Inisiatif itu, menurut MUIS, adalah sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi seluruh sektor madrasah.

    Ketika dihubungi semalam, Mudir Madrasah Wak Tanjong, Ustaz Abdul Halim Mohd Noor berkata pihaknya masih lagi meneliti tawaran MUIS dan perinciannya akan dibincangkan lagi.

    Pada masa sekarang, para asatizah dan pelajar Madrasah Wak Tanjong menerima sokongan dari MUIS melalui Skim Bantuan Kewangan Madrasah (PROMAS), pemansuhan bayaran peperiksaan nasional bagi semua mata pelajaran serta biasiswa dan dermasiswa.

    Source: Berita MediaCorp

  • Madrasah Wak Tanjong Mengambil Semula Murid Darjah Satu Tahun Ini

    Madrasah Wak Tanjong Mengambil Semula Murid Darjah Satu Tahun Ini

    MADRASAH Wak Tanjong telah mula mengambil semula murid darjah satu mulai tahun ini setelah ia memenuhi ukur tara Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) di bawah Akta Pendidikan Wajib (CE).

    Madrasah di Sims Avenue itu gagal memenuhi ukur tara tersebut dalam tempoh penilaian 2008 hingga 2010, oleh itu tidak boleh mengambil murid darjah satu dari 2012 hingga 2014.

    Di bawah akta tersebut, madrasah sepenuh masa perlu memenuhi ukur tara PSLE tahunan jika ingin terus mengambil murid darjah satu.

    Dalam jawapan bertulisnya kepada Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata terdapat hingga 400 tempat bagi pendaftaran murid darjah satu di madrasah sepenuh masa.

    Madrasah Alsagoff mengambil sekitar 30 murid darjah satu setiap tahun dari 2012 hingga 2014, manakala Madrasah Al-Maarif pula sekitar 67 pelajar.

    Madrasah Irsyad, satu daripada tiga madrasah di bawah Sistem Madrasah Bersama (JMS), mengambil sekitar 204 murid darjah satu setiap tahun sepanjang tempoh itu.

    Dua lagi madrasah JMS, Aljunied dan Al-Arabiah, berhenti mengambil murid darjah satu mulai 2009 sebagai sebahagian daripada sistem itu.

    Kedua-dua madrasah itu hanya menerima pelajar menengah.

    Menurut Dr Yaacob, sistem pendidikan madrasah memerlukan murid rendah mengambil lima mata pelajaran ukhrawi di samping empat mata pelajaran PSLE.

    “Madrasah melaksana ujian kemasukan bagi memastikan pelajar yang mereka ambil dapat menghadapi tuntutan kurikulum dengan baik,” kata beliau.

    Dr Yaacob juga berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama madrasah komited dalam menyediakan pendidikan bermutu bagi pelajar madrasah.

    “Selain merekrut dan mengekalkan guru bermutu, Muis melabur dalam pembangunan profesional pemimpin dan guru madrasah,” kata beliau.

     

    Source: http://beritaharian.sg

deneme bonusu